♡Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♡
❀❀❀ BeLog MeRaH JamBu ❀❀❀

Search Here !
Nak Cari Apa ?


Banner !
My Banner


create your own banner at mybannermaker.com!
Belog Merah Jambu
Owner !
HeLLo ! Good days to you


♥ Welcome to my belog ♥ "Merah Jambu" ☻ Happy acquainted with you all. Thank you for your willingness to visit. Enjoy!!!

Status : I'am Online Now


Tagboard !
Footprints here


Follower !
Jantung Hati Saya


Link !

Find Me Here


L
My Blog:
Y
My Skype:
N
My Twitter :
D
My Facebook:
A




Menghargai....
andai rasa itu dapat dilihat
andai rasa itu dapat disentuh
pasti engkau akan belajar menghargai


Menghargai....
sebuah rasa yang amat bernilai
tak terbeli dengan wang ringgit
andai kau lebih menghargai diri ini

Menghargai....
taukah engkau betapa pegunnya diriku
tergamam agak lama dengan angkuhmu
tak terjangka kejamnya dirimu

Menghargai....
perlukah diungkai perasaan itu
sedang engkau kerap merasainya
ikhlas aku meluahkannya hanya untukmu 

Menghargai....
perasaan itu akan lebih bermakna
setelah kehilangan mula menunjukkan diri
menari riang di legar mindamu
kala menyesal tak berkesudah

~S.E.K.I.A.N~

*Buat Renungan Sejenakmu Insan*



Labels:


0

Thanks for reading


Salam semua...
Untuk pengetahuan semua dulunya aku guna header yang agak panjang berjelar ayatnya dan agak sarat daripada header yang latest ni yang hanya menekankan Tajuk Blog semata-mata. Hi hi hi... Aku sengaja nak ubah keseluruhan blog ni..dah bosan agaknya blog yang lama tu.. Perubahan untuk tahun barulah katakan...Walaupun perubahan blog yang baru ni agak simple, namun ianya lebih mudah mata ni untuk membaca and post entri satu demi satu walaupun tak berapa nak aktif sebenarnya.. Ni ah rupenya header aku yang lama tu bagi sesiapa yang belum pernah nengok.. Jom view kat.........
  



Dah tengok dah?? 

GooD!

Sarat bukan? 
Header tu kita buat sendiri tau guna adobe photoshop...Penat...Tapi rasanya berbaloi gak sebab benda tu dah berkhidmat ngan kita dalam tempoh yang agak lama...
Sekarang Header kita dah jadi macam kat bawah ni.... ni kite buat gak guna photoshop, namun sumber picture kite dapat daripada suatu sumber yang sangat berguna..! Hi hi hi...
Ni ah????




OK tak?
Okaiiii...sampai sini dulu yer entri kite kali ni...Selamat Tinggal Semua...
Salam Sayang dariku....Taaa.....ti.....tut...... 



Yang Banyak Mulut:      
                   

Labels:


0

Thanks for reading


Salam semua....
Hari ni aku mau cerita bah mengenai masalah BULI! Aku nda faham betul kenapa manusia sekarang ni ada sikap yang paling BURUK iaitu SIKAP SUKA MEMBULI! Padahal sama saje kita...Sama-sama manusia, sama-sama perempuan and sama saje tu perasaan....Ada perasaan malu..segan..penat..and boleh fikir juga perasaan orang kan? Sama saje ada otak, ada hati, ada PERASAAN.....! lainlah kalau tiada kena anugerahkan OTAK! Padahal ada ni Allah Anugerah semua tu tapi sengaja pula mau abaikan kewujudan OTAK dalam kepala!
Yang paling aku TAK SUKA sikap orang yang suka menyuruh benda-benda yang remeh! Padahal dia sendiri pun boleh buat...Budak-budak kecil pun boleh buat bah tu. Sengajalah tu menyuruh orang lain tolong buat sebab SIKAP PEMALAS tu semakin sebati dalam diri!
Sikap buli yang paling tak best adalah apabila seseorang tu menyuruh si mangsa buat benda yang SEPATUTNYA kerja dia tapi untuk menyelamatkan dirinya dia minta si mangsa @ si lurus bendul tu yang buat dengan alasan lain yang KONONYA dia buat sesuatu benda yang lebih SUSAH and suka ambil benda yang SENANG semata-mata untuk mengelakkan dia daripada PENAT @ Nak jaga air muka dia je_Hallooo...cantik sangat ker U?? ha ha ha..(Punya main BURUK style Buli  begitu!)
Oklah sini aku mau kongsi sedikit mengenai masalah sosial "BULI" yang semakin menjadi-jadi sekarang..Ni pun aku copy paste ja dari blog someone..he he he..Mohon share yea :)
Malas sudah mau membebal melalut-lalut...Berdosa jak kan??? 
Jom sama-sama Baca kat bawah ni.
Mr.google.com

BULI

Dewasa ini kes buli semakin  membimbangkan masyarakat.Laporan mengenai gejala buli yang dipaparkan  dalam media cetak dan media elektronik menunjukkan gejala buli yang berlaku sekarang semakin ekstrem sehingga ada yang membawa maut.Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.Buli boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu secara langsung(fizikal)seperti disepak,diugut dan secara tidak langsung(mental) seperti melibatkan kata-kata(verbal) termasuklah diejek,ditertawakn dan lain-lain perbuatan tidak langsung yang boleh mengakibatkan tekanan kepada mangsa.


Isu kes buli  ini telah menimbulkan suasana yang tidak selamat sama ada di sekolah,pusat pendidikan dan tempat kerja.Gejala buli di tempat kerja melibatkan pekerja atasan dengan pekerja bawahan dan pekerja baru dengan pekerja lama.Perbuatan buli di tempat kerja adalah seperti melontarkan kata-kata pedas atau kesat,tindakan meminggirkan pekerja,menyuruh pekerja membuat kerja yang tidak bersangkut paut dengan bidang tugas serta gangguan psikologi.Walaupun kes buli ini juga boleh didapati di tempat kerja,namun kes buli di sekolah menunjukkan peningkatan yang tinggi. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti sebagai punca berlakunya kes buli di kalangan pelajar sekolah.


Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya yang negatif.Gejala ini dikatakan berpunca daripada rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi menjaga kepentingan ahli kumpulan masing-masing.Mereka bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka.Sebagai contoh,Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharudin seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku,Kuala Lipis Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut.Pelajar berkenaan mengalami kecederaan yang parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yng dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang.Ironinya,kumpulan pelajar yang membelasah Mohamad Afiq terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak.


Pengaruh media massa merupakan antara punca berlakunya kes-kes buli.Media massa terutamanya media elektronik menyiarkan  rancangan televisyen yang mengandungi aksi pergaduhan dan pembunuhan yang ganas.Lambakan filem aksi seperti Gengster,Castello dan KL Menjerit akan mendedahkan  pelajar kepada aksi-aksi tersebut secara terbuka tanpa bimbingan orang dewasa.Pelajar yang teruja dengan aksi tersebut akan meniru kembali aksi yang telah ditonton ke  alam realiti. Mereka mudah terpengaruh dan  akan mengaplikasikan aksi tersebut kepada orang yang lebih lemah daripada mereka tanpa  menyedari bahawa perbuatan tersebut akan mengundang bahaya.Ada  sesetengah pelajar juga menjadikan pelakon sebagai ‘role model’dan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon tersebut.Oleh hal yang demikian.jelaslah di sini bahawa media massa merupakan salah satu punca kepada peningkatan kes buli.


Gejala buli ini akan mendatangkan kesan buruk kepada mangsa dari segi luaran dan dalaman.Kesan luaran yang dilihat pada mangsa buli ialah kecederaan yang dialami pada fizikal mereka dan besar kemungkinana kecederaan yang parah akan membawa kepada kematian.Kesan dalaman pula ialah kesan psikologi ke atas mangsa buli seperti trauma,hilang keyakinan dan hilang fokus terhadap pelajaran.Ada sesetengah mangsa yang mengalami tekanan akan menanam azam untuk membalas dendam kepada orang lain.Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengembalikan harga diri mereka kembali.Manakala pelajar yang  membuli pula akan dikenakan tindakan seperti digantung persekolahan dan jika sesuatu kes buli tersebut membawa kepada kematian maka kes tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.


Peningkatan gejala buli tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak apatah lagi jika membabitkan kematian.Semua pihak harus berganding bahu menggembleng tenaga dalam usaha memastikan gejala buli tidak lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat.Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah buli. Hal ini demikian ibu bapa merupakan pembentuk sahsiah pelajar sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”Ibu bapa boleh menerapkan pendidikan agama kerana ajaran agama boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti yang mulia.Di samping itu,ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan yang tidak bermoral.Sebagai contoh ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak tentang aktiviti yang dilakukan anak-anak di luar waktu sekolah bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang tidak bermoral.


Para pelajar juga haruslah peka dan bijak dalam memilih rakan sebaya supaya mereka tidak tersilap memilih rakan.Hal ini kerana seseorang individu tersebut sedikit sebanyak akan terikut-ikut perangai rakan sebaya mereka.Jika baik perangai rakan-rakan mereka,maka baik juga sikap mereka nanti.Penglibatan aktif kumpulan pelajar dalam persatuan seperti Persatuan Pencegahan Jenayah akan menjadikan pelajar tersebut terhindar daripada gejala sosial yang tidak berfaedah.


Selain itu, filem dan rancangan televisyan yang memaparkan aksi yang ganas juga harus ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem terlebih dahulu.Hal ini kerana pelajar mudah terikut-ikut akan adegan yang ditunjukkan seperti di dalam filem tersebut juga.Pemilihan bahan tontonan yang bersesuaian juga digalakkan bagi membina sahsiah seterusnya memupuk kecerdasan minda pelajar.Misalnya,ibu bapa boleh memilih rancangan televisyen yang bersesuaian dengan pelajar semasa membuat pemilihan rancangan dari rangkaian televisyen terbesar seperti Astro.


Pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia harus lebih efektif dalam usaha  menerapkan subjek Pendidikan Moral,Pendidikan Sivik dan Pendidikan Islam ke dalam kurikulum sekolah.Pengajaran subjek ini dipercayai akan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan moral yang tinggi dan menggalakkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat.Pihak sekolah  juga haruslah melaksanakan program ‘sekolah angkat’ dengan kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) bagi memantau aktiviti pelajar di seluruh pelosok kawasan sekolah terutamanya kawasan yang tersorok.


Konklusinya,gejala buli ini haruslah ditangani dengan segera sebelum menjadi nanah dalam masyarakat.Jika masalah ini semakin berleluasa maka sukar bagi negara kita untuk maju kerana remaja merupakan aset terpenting negara dan akan menerajui negara pada masa depan bak kata peribahasa Melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang nagara.”.Oleh itu semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang masalah sosial ini.Semoga berkat usaha gigih semua pihak kita dapat melahirkan generasi pelapis yang mampu memacu negara ke puncak kecemerlangan. 
kreadit : http://inimasalahsosial.blogspot.com/
So Kepada yang berkaitan or sesiapa yang tengah berkecembung dalam DUNIA PEMBULIAN ANDA...TOLONGLAH  HENTIKAN SIKAP BULI ANDA ITU MULAI SEKARANG!
NO BULLY , NO STRESS!
Mr.google.com

Labels:


0

Thanks for reading


Salam Buat Semua Yang Singgah Sejenak....
Di awal tahun baru ini pasti semua sudah menaruh impian serta azam baru untuk menjadi lebih baik lagi tahun ini bukan? Begitu jugalah aku...Aku menaruh azam serta harapan yang tinggi supaya aku akan berubah menjadi lebih matang, tegas dalam membuat keputusan serta menghalang ORANG LAIN TERUS MENGAWAL AKU SESUKA HATI MEREKA! 

Yea2x...aku akui memang bukan senang untuk menangani semua tu, Lebih-lebih lagi aku masih terlalu mentah dalam segala hal, apa lagi yang melibatkan hal-hal yang agak rumit untuk diramal.. 
....(Mula membebel lagi aku tanpa hujung pangkal yang jelas)... Pasti semua tertanya-tanya bukan apa yang menyebabkan aku terus bercoleteh tak tentu hala begini???
Al-kisah mula berputar sejak aku meninggalkan duniaku yang dahulu iaitu dunia yang banyak menyakitkan hati ini dibelakang tabir (belakang aku)....Sikap manusia yang suka memburuk-burukan manusia lain di belakang siempunya badan....=>Ianya pasti amat menyedihkan bukan bagaikan hujan yang turun tak henti-henti telah menghentam perasaan yang diruntun hiba....hu hu hu...
Sejak aku tahu sikap orang yang kita hormati selama ini sedemikian rupa, telah menyebabkan aku susah  untuk begitu mudah mepercayai orang baru yang aku kenali...BENAR Peribahasa orang tua dahulu "Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali"...Sebab orang pasti akan mudah mengambil kesempatan atas kebaikan yang pernah kita hulurkan, malah kebaikan itu tak akan pernah dihargai sama sekali...
.
 Di Dunia baru inilah, aku banyak belajar daripada kesilapanku di masa lalu....
Di Dunia baru ini juga, aku belajar untuk mencoraki warna-warni kehidupan ini....
Di Tempat baru ini, aku akan cuba lari daripada terus dibayangi kenangan pahit masa lampau...
 Di Tempat baru ini juga, akan ku latih diri ini.....Untuk terus menjadi berani....Berani Dan Berani....
Mungkin di awal kakiku menjejakkan kaki di tempat baru ini....
Aku masih berada di zon yang sama, aku masih terperap dalam suasana yang sama....
Walaupun tempat sudah berbeza, bergaul dengan orang yang kebanyakan lebih senior daripada aku...
Yang lebih Mak cik dan pak cik daripada aku....
Di sini semuanya berubah sama sekali....Aku memang patut belajar menjadi lebih MATANG dari pelbagai segi, sudut mahupun ruang....
Harapanku semoga misi dan azam ku menjadi realiti.....
Harap teman-teman semua mendoakan kejayaan temanmu ini....
Wasalammm.....

Labels:


0

Thanks for reading


 
 
Salam rindu you all....
 
Setelah agak lama mendiamkan diri, kini aku kembali untuk mengaktifkan semula blog ni yang sudah agak bersawang di sana sini..he he he...
 
 
 Mari sama-sama kita cuci mata tengok beberapa keping gambar kat bawah ni.
 
Hello Kitty Pink Iphone (sumber:google.com)
Hello Kitty Casio Pink Digital Camera (sumber: google.com)
Pink Hello Kitty Laptop (sumber: google.com)
Pink Car Hello Kitty (sumber:google.com)
 
Mandi beb mandi......mana taknya....Hanya mampu melihat....untuk memilikinya sekali gus tunggu mimpi malam ni je lah jawapnya...he he he...  Oklah beb sampai sini dululah entri kali ni....salam sayang ikhlas dari sahabat kalian...wasalam....<3

Labels:


2

Thanks for reading




Salam buat rakan belog yang amat dirindui.....
Setelah agak lamanya diri ini tidak menyentuh,merenung,melihat dan mencoret sesuatu ke atas belogku ini, akhirnya aku muncul untuk mengaktifkan kembali rutin harianku...

     Terasa sarat dengan pelbagai jenis aktiviti.....Sebenarnya topik yang ingin dibincangkan tiadalah yang menarik minat cuma hadirnya entri kali ini adalah di atas kehendak hati, minda dan keinginan yang hebat sehingga akhirnya aku mencoret entri ini....

       Sejak beberapa minggu yang lalu aku sengaja menyibukkan diri dengan aktiviti kegemaranku yang sudah agak lama aku biarkan sepi iaitu menjadi salah seorang daripada "si kaki novel"...he he he...
Membaca novel dapat memberikan aku beberapa jenis jalan cerita,konflik serta penyelesaian yang agak menarik dari si pengarang novel hanya dikenali dengan lebih dekat melalui nama-nama pena mereka...


    
      Sebenarnya aku adalah antara seseorang yang sangat berminat dalam bidang penulisan. Namun setakat ini aku hanya berani menunjukkan bakat dalam belogku ini berdasarkan cerpen-cerpen yang pernah ku hasilkan beberapa bulan yang lalu...Namun, hampa memandangkan belogku ini kurang pengunjung sehingga ke hari ini.....

      Seanadainya aku diberikan peluang untuk menghasilkan sebuah novel daripada hasil nukilanku sendiri alangkan bahagia diri ini...Namun, itu hanyalah angan-angan mat jenin dan sukar untuk menjadi realiti....



Labels:


0

Thanks for reading





Jumaat lalu kite sempat snapppp beberapa keping gambar..
JoM LaYaN KeJaP .....
JaLan-JaLan Layan Perut...sebelum bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh makna buat seluruh umat Islam menjelang tidak lama lagi..




Mari Cuci Mata
Fullhouse 

Lazat tak terkata!

Menjamu Selera?????
Di kesempatan ini jugak Lyn ingin mengucapkan 
"Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak"
yang hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi akan tiba....
Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan buat seluruh Umat Islam...


p/s   :   Puasa yang betul yaaa....Niat kena Ikhlas...Barulah puasa kita sempurna...

Sampai sini saja pesanan membina daripada saye.......Kite Chowwww dulu ye...
Check ke dottttttttttttttttttt................
Wassalam.....

Labels:


0

Thanks for reading