♡Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♡
❀❀❀ BeLog MeRaH JamBu ❀❀❀

Search Here !
Nak Cari Apa ?


Banner !
My Banner


create your own banner at mybannermaker.com!
Belog Merah Jambu
Owner !
HeLLo ! Good days to you


♥ Welcome to my belog ♥ "Merah Jambu" ☻ Happy acquainted with you all. Thank you for your willingness to visit. Enjoy!!!

Status : I'am Online Now


Tagboard !
Footprints here


Follower !
Jantung Hati Saya


Link !

Find Me Here


L
My Blog:
Y
My Skype:
N
My Twitter :
D
My Facebook:
A




Sebuah Pengorbanan..

"Aku Berkarya, Anda Just Komen"

Maaf seandainya masih kurang pengisian, jalan cerita dan ending cerita yang kurang menarik.
Apa-apa pun Thanks for reading.
********
Kringgggggggg..................
   Kedengaran bunyi lonceng memecah keheningan...Di celah ribuan pelajar yang berebut keluar kelas, kelihatan seorang gadis berlari-lari anak melalui beberapa buah bilik darjah sebelum keluar menuju gerbang sekolah. Selangkah, demi selangkah dia menapakkan kakinya ditepi beranda itu. Sempat juga matanya menjeling kasut lusuh miliknya."Huh! kasut ini seharusnya tidak aku gunakan lagi" Eleeya berbicara sendirian. Langkah kakinya terus dipercepatkan jua agar segera tiba ke rumah.
      "Assalammualikum ibu". Kedengaran suara lembut milik Eleeya menyapa ibunya yang sedang berbaring di tepi tingkap.Tangan ibunya dikucup dengan penuh kasih sayang. Wajah sayu ibunya ditatap, diusap lembut rambut ibunya yang sudah sedikit beruban. "Ibu tunggu Leeya balik? mesti ibu lapar kan?sekejap lagi kita makan yea." pelahan sahaja nada suara yang dituturkan. Ibunya hanya mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan anaknya sebentar tadi. 
     Begitulah keadaan ibunya sejak lebih setahun yang lalu, semuanya bermula sejak ibunya terjatuh di kawasan pergunungan berhampiran dengan kawasan kampungnya ketika ibunya sedang bekerja diladang tea milik Tuan besar, merupakan juragan kaya yang baik hati di kampung Sentosa ini. Ibu dijumpai tidak sedarkan diri oleh orang kampung dan telah disahkan menghidap penyakit lumpuh. Pada ketika itu hati Eleeya hancur dan pilu apabila melihat keadaan ibunya. Namun, Eleeya tetap tabah untuk meneruskan kehidupan mereka dua beranak.Dialah yang menggantikan tugas ibunya. Walaupun amat berat baginya untuk menggalas dua tanggungjawab itu, dia juga perlu memberikan tumpuan kepada pembelajarannya. Peperiksaan SPM juga sudah semakin dekat.
      ***********
        "Eh..Leeya, Pn.Mona panggil kau tadi,.Dia suruh kau datang bilik dia sebelum subjek terakhir nanti tamat". "Ada hal apa dia nak jumpa aku Mi??" Aku mula menggelabah setelah mendengar nama Pn.Mona disebut. Kecut perut dibuatnya. Pn Mona adalah pengetua di Sekolah itu. Semua pelajar di Sekolah Menengah Sri Melati sangat takut terhadapnyanya. Dia adalah seorang yang tegas, panas baran dan tidak berhati perut. Pernah suatu ketika dia membaling seorang murid lelaki dengan pembesar suara semasa dia tengah memberikan ucapan dalam perhimpunan. Marah sakan ibubapa budak tu, sehinggakan pelajar itu terpaksa berpindah sekolah pada pertengahan semesta.
      "Lee...ya...Budak Leeya!!" tersentak aku, bayangan Pn Mona lenyap serta-merta. yang ada di hadapan matanya kini adalah raut wajah manis milik mimi. Mimi merupakan rakan sebangku dan sahabat terdekat Eleeya. "Aii....mengelamun pula budak ni, cepatlah keluar sekarang.Dah tamat waktu sejarah ni, nanti kau lambat jumpa 'singa betina' tu haa tak pasal-pasal kau dibahamnya pula tauu...masa tu kau jangan nak salahkan aku tak bagitau kau sudah".Eleeya segera mencelah bebelan Mimi yang tidak akan berhenti itu "Iyelah-iyelah, kau ni nak takut-takutkan aku pula, aku pergilah ni".
************
        "Kalau ikutkan hati ini mahu sahaja aku berlalu pergi, berat rasanya hati ini untuk melangkah masuk ke dalam bilik Pn Pengetua ni" cetusku di dalam hati. Digagahkan juga untuk mengetuk pintu. Kedengaran suara tegas memintaku masuk. Daun pintu dikuak, kelihatan Pn Mona tengah menungguku sambil merenungku tajam. Jantungku berdetak semakin kencang, langkah kaki semakin longlai, suhu penghawa dingin di ruang itu dirasakan semakin dingin.Seram sejuk dibuatnya."Pasti aku akan menjadi mangsa dia hari ni". Bisik hati kecilku. Sebenarnya aku sendiri pun tidak pasti mengapa aku dipanggil. Perlahan-lahan aku mengatur kata.
         "Pu...Pu..Puan Pengetua panggil saya?" tersekat-sekat untuk menghabiskan ayat". "Iya" ringkas sahaja jawapannya namun tegas."Nama awak Eleeya Binti Mokthar kan? Kelas 5 Kencana?", sambungnya lagi. Ku angkat muka, pandangan mata kini tepat memandang wajahnya yang sudah berusia dalam lingkungan 40-an itu sambil mengangguk mengiyakan pertanyaannya.
*************
           Melewati semak dilereng bukit itu bukan menjadi masalah lagi buat dirinya. Sudah menjadi kebiasaan bagi Eleeya melalui kawasan itu sebelum tiba ke rumahnya. Air matanya mengalir deras. Eleeya duduk berteleku di tepi sungai di hujung kampung itu. Dia menangis semahu-mahunya. Tidakkah dia mahu mengambil peduli akan penderitaan yang terpaksa ditanggungnya selama ini setelah ayahnya pergi meninggalkan mereka dua beranak sejak Eleeya berumur dua tahun, dan setelah ibunya disahkan lumpuh. Tanggungjawabnya sangat besar dalam usia semudanya. Dia yang terpaksa memerah keringat, membanting  tulang empat keratnya untuk mencari sumber pendapatan tambahan, mujur dia tersenarai bagi pelajar yang mendapat bantuan kerajaan bagi rakyat termiskin. Dia sangat berterima kasih terhadap Kerajaan Negara ini kerana sudi membantunya sedikit dari segi kewangan. Dia juga terpaksa mengambil upah mencuci kain dari rumah ke rumah pada  sebelah petang. Apalah sangat pendapatannya itu.
           Masih terdengar jelas penghinaan yang dilemparkan oleh Pn Mona di ruang biliknya tengah hari tadi. Sakit hatinya bila mengingat kejadian itu.
 "Awak tau tak Eleeya nama awak sudah sering menjadi bualan guru-guru di sekolah ini?
Awak tau kan Peperiksaan SPM sudah semakin dekat? Seharusnya kamu menunjukkan prestasi yang lebih baik, tapi awak sebaliknya. Awak tak fokus lagi dalam kelas, Malah selalu didapati tertidur semasa cikgu tengah mengajar di hadapan. Awak mahu jadi apa nanti? Jadi Penganggur? Mahu jadi antara masyarakat yang tak berguna? yang berpelesiran atau mahu menuju ke lemah hina?? ke lorong gelap? apa masalah awak yang sebenarnya Eleeya?"  Dulu setahu saya awak antara pelajar cermelang di sekolah ini bukan? Tiada gunanya , kerajaan menghabiskan duit untuk membiayai pelajar seperti awak. Awak juga sudah semakin merosot Eleeya! Seharusnya awak bantu keluarga awak yang miskin dengn kecermalangan awak nanti. Saya sebagai pengetua sekolah ini amat kecewa dengan prestasi awak sekarang".
 Laju sahaja bait-bait itu meluncur keluar dari mulutnya. Cecair jernih yang cuba ditahan akhirnya turun jua membasahi pipi, air mata yang menuruni kelopak mata itu hanya mampu dikesatnya. Tidak sepatah pun dia menjawab. Hatinya benar-benar sakit. 
"haa tidak ingin aku mengingatnya lagi". Aku yakin suatu hari nanti mereka akan tahu juga apa yang selama ini cuba aku sembuyikan, bebanan yang aku tanggung ini sendirian. Aku tak mahu menagih simpati mereka. Aku yakin Allah maha mengetahui, aku akan berusaha mengubah nasib keluargaku ini. Hanya aku dan ibuku" Eleeya bermonolog sendirian. 
             Eleeya berdiri dan menjerit sekuat hati agar segala yang terpendam dihatinya dapat dilupakan untuk hari ini, esok atau untuk selamanya. Eleeya berlalu pergi untuk memulakan semula tanggungjawabnya sebagai seorang anak, kepada seorang ibu yang tengah sakit dan menanti akan kepulangan anaknya di rumah...

                                                                         TAMAT

 Peringatan cerpen ini hanya rekaan semata-mata...
Tiada kena mengenai dengan siapa-siapa dan 
mohon maaf seandainya ada sebarang persamaan....Sekian terima kasih..





                   

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


Thanks for reading