
|
Nak Cari Apa ? My Banner HeLLo ! Good days to you
Footprints here Jantung Hati Saya Find Me Here |
Udara luar yang nyaman mula memasuki ruangan biliknya. Beberapa helaian rambutnya menampar nakal pipinya yang mulus, pantas diselak rambut itu membelakangi cuping telinga. Tangannya semakin erat menggenggam bingkai gambar yang menyimpan seribu makna dalam kehidupannya. Matanya langsung tidak berganjak daripada terus mengamati gambar kesayangannya itu. Begitulah keadaan Syamira sejak beberapa bulan lalu, setelah dia pergi meninggalkan suaminya.
Syamira tidak dapat melupakan sikap melampau yang Syazril tunjukkan pada malam itu. Hatinya benar-benar hancur dengan kelakuannya Syazril. Penderitaannya bukan hanya sekadar itu. Malah, Syamira terpaksa berdepan dengan kata-kata nista dan sering menjadi bahan bualan orang-orang kampungnya yang mengatakan kononnya Syamira tidak ikhlas berkahwin dengan Syazril kerana Syamira mahukan harta semata-mata, oleh sebab itulah perkahwinan mereka hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja. Pelbagai jenis fitnah yang dilemparkan mereka sehingga dia dan keluarganya dipinggirkan terus dari tempat kelahiran mereka sendiri. Hidup mereka sekeluarga ibarat "melukut di tepi gantang". Masih jelas lagi berlegar di ruang matanya betapa kejamnya tuduhan serta penghinaan yang dilemparkan orang kampung kepada dirinya, semasa dia dengan ibunya tengah sibuk berniaga di warung. Hanya disebabkan kabar angin, habis aib keluarganya dijaja. Kesabarannya benar-benar teruji apabila ibunya tidak dibenarkan lagi berniaga dalam kampung itu.Yang lebih menyedihkan, rakan baiknya sendiri turut mengelak daripada bertemu dengan dirinya.
Lamunannya mati serta-merta setelah terdengar laungan azan berkumandang menandakan masuk waktu Zohor. Pantas dia bangun menuju ke gerbang pintu yang terletak bertentangan dengan posisi katilnya. Ruangan biliknya yang agak kecil menghalang dia untuk bebas bergerak. Namun, Mira tidak pernah mengeluh malah dia sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia masih mempunyai sebuah keluarga yang penyayang walaupun ayahnya adalah seorang yang agak tegas.
***********************************
Keadaan bas pagi itu agak sesak, memandangkan hari itu adalah hari bekerja ramai orang yang menggunakan transport bas untuk pergi bekerja disebabkan tambang yang lebih murah dan sangat berbaloi. Syamira beruntung kerana sempat mendapat tempat duduk yang agak strategik. Anak matanya dilontarkan ke luar tingkap, pandangannya terus melilau memerhatikan gelagat serta telatah orang ramai yang berpusu-pusu. Kelihatan juga beberapa orang budak sekolah menengah yang kemas memakai uniform sekolah berebut-rebut menaiki bas di terminal Street Park. Hanya tinggal beberapa minit saja lagi dia tiba ke destinasinya, debaran jantungnya semakin kencang. Duduknya jadi tak menentu, malah sebenarnya dia sendiri tidak menyangka permohonannya memohon kerja di sebuah syarikat swasta dua bulan yang lalu ternyata membuahkan hasil kerana berjaya untuk menghadiri sesi temuduga hari ini. Dia berharap agar dia berjaya untuk melepasi temuduga itu. Mira tidak mahu lagi menambahkan beban keluarganya tanpa menyumbang apa-apa.
"huh...berdebar pula aku kali ni". Syamira berbisik di dalam hati.
Syamira mengatur langkah kakinya memasuki bangunan yang setinggi sepuluh tingkat itu. Syamira mempercepatkan langkah kakinya menuju ke kaunter pertanyaan. Kelihatan seorang pekerja wanita agak sibuk menyelak beberapa keping kertas. Syamira mula bersuara...
"Minta maaf miss,nak tanya mengenai interview hari ni kat mana yea?"
Wanita tadi pantas mendongakkan kepalanya memandangku. Wanita itu menjawab pertanyaan yang diajukan oleh syamira...
"Minta resume awak and boleh duduk kat situ". Sambil menuding jari ke arah ruangan menunggu di lobby itu.
Sambil menyerahkan kepingan document peribadi dirinya, Syamira sempat juga melemparkan senyumannya kepada petugas di kaunter itu sebelum beredar pergi. Ternyata ramai juga calon yang memohon kekosongan itu. Bukan mudah mencari pekerjaan zaman sekarang ni. Memang ramai pesaing. Setelah beberapa jam menunggu akhirnya sampai juga giliran Syamira untuk ditemuduga. Dengan debaran yang semakin mengila Syamira mengetuk perlahan daun pintu yang diperbuat sepenuhnya dari kayu jati, terdengar suara memintanya masuk ke dalam. Syamira memutar tombol pintu itu sambil melangkahkan kakinya memasuki ruangan bilik itu. Syamira tergamam melihat ruangan bilik pejabat yang agak mewah dan sebesar itu. Syamira melangkahkan kakinya menuju sebuah meja. Kelihatan seorang lelaki tengah sibuk menulis sesuatu di atas meja yang berada berhampiran dengan tingkap. Tanpa berlengah, Syamira mula bersuara... "Selamat pagi Tuan, Saya NurSyamira Binti Mohd Ismail bersedia untuk ditemuduga pada hari ini". Syamira dengan lancar memulakan bicara tanpa segan silu. Tanpa bersuara lelaki tadi mengangkat wajahnya, dia memandang tepat ke arahku. Menyerap darah ke seluruh tubuhku. Syamira benar-benar terkejut sebaik terpandang raut wajah milik lelaki tadi. Mulutku serta-merta terkunci rapi. Mataku terus memandangnya tanpa berganjak. Tanpa ku sedari lelaki itu mengukir senyuman kepadaku. Aku benar-benar tidak menyangka dapat bertemunya lagi setelah beberapa bulan meninggalkannya. Perasaan rinduku benar-benar terubat kali ini. Namun, perasaan kecewa, sedih, marah mula berbaur menjadi satu. Aku berundur setapak demi setapak ke belakang sebaik terpandang Syazril mula berdiri dan merapati tubuhnya. Keadaan Syazril nampak agak berlainan daripada sebelum ini, susuk tubuhnya kelihatan agak susut, lingkaran jambang halus mula menumbuhi pipi dan dagunya. Rambutnya agak serabut dan penampilannya juga tidak kemas. "I benar-benar menyesal dengan apa yang i pernah lakukan pada you sebelum ni. I benar-benar ingin memohon kemaafan daripada awak, Saya harap sangat agar awak terima saya kembali, Syamira". Dengan nada yang agak perlahan dia menghabiskan kata-katanya. Pandangan matanya agak redup. Orang yang sering berada di benak fikirannya, kini benar-benar berada di hadapan mata. Syamira tidak mampu berkata apa-apa. Dia sebenarnya tidak menyangka boleh bertemunya lagi kali ini. Tanpa disedari mengalir air hangat dicelah kelopak matanya, pantas dikesat Azril dari terus mengalir membasahi pipinya. "I tak akan biarkan air mata awak mengalir lagi kerana i, percayalah sayang". Syazril mematikan ayatnya. Hatiku berdegup semakin kencang mendengar ayatnya sebentar tadi. Syamira pantas berpaling membelakangi Syazril, niat hati ingin sahaja dia terus beredar pergi. Mungkinkah perasaan ego seorang wanita kini mula merasuk dirinya, namun belum sempat Syamira melangkah pergi dengan pantas lenggannya disambar kejap Syazril. "Tolong jangan pergi lagi Mira, i benar-benar tak boleh hidup tanpa you. I mengaku sebelum nie i bodoh sangat sebab tak pernah nak menghargai kehadiran awak dalam hidup saya, i benar-benar kesepian". Dengan nada separuh merayu Syazril memandang tepat wajahku. Syamira jadi serba salah dengan kelakuan Syazril. Syamira sebenarnya turut terkejut dengan perubahan Syazril yang mendadak. Mungkinkah dia benar-benar menyesal akan kelakuannya sebelum ini. Akhirnya Syamira mula mengalah dan bersedia memaafkan Syazril yang sememangnya amat dicintainya itu. Mereka sering berpelukkan....dan berjanji akan memulakan kehidupan mereka yang baru tanpa dendam. Beberapa hari kemudian... Sejak kejadian yang berlaku di bilik pejabat milik Azril, Syamira kini kembali semula ke pangkuan suaminya. Kehidupan mereka kini semakin bahagia. Azril tidak pernah meninggikan suara lagi terhadapnya, malah kata-kata mesra yang sering meniti di bibir. Ibu adalah antara orang yang paling bahagia apabila mendapat tahu hubungan anak kesayangannya kini semakin membaik di samping suaminya. "Mmm....sedapnya bau...Sayang masak apa malam ni?". Syazil menyapa lembut isterinya yang tengah sibuk menyediakan hidangan untuk mereka malam itu, sambil merangkul erat pinggang ramping milik isteri kesayangannya. "Malam ni Mira masak special tau untuk abang". Syamira menjawab sambil mengukir senyuman. Sikap Syazril benar-benar telah berubah. Kalau dulu dia kerap mabuk dan balik lewat malam, kini sebelum maghrib sahaja pasti kelibatnya sudah kelihataan berlegar-legar di luar beranda. Syamira bahagia bersama Syazril. Ternyata Azril adalah seorang yang penyayang dan romantik. Hari-hari yang mereka lalui tidak lengkap tanpa senda tawa. Nampaknya malam itu Syazril berselera sungguh menjamu masakan isterinya yang tercinta. Malah, pujian tidak lekang daripada terus meniti di bibirnya. Syamira benar-benar puas hati apabila melihat suaminya cukup berselera menjamah resepi ciptaannya yang baru iaitu 'roast beef grilled cheese'.
*******************************
Lokasi : Rumah banglo milik Datuk dan Datin
Hujung minggu ini aku dan Azril balik ke rumah mama dan papa. Kelihatan mama sangat gembira menyambut kedatangan kami. Mama memeluk erat tubuhku dengan senyuman yang tidak lekang terukir di bibirnya.
" Eee...mama tengok anak mama ni semakin berseri-seri aja, pasti Mira selalu jaga perut anak mama yang seorang ni yea? Badan pun dah nampak agak berisi daripada sebelum ni". Mama sengaja menyakat anak tunggal kesayangannya itu.
Terhambur juga gelak tawa kami.
Semasa aku tengah sibuk membantu 'Mak Mek' merupakan pembantu rumah mama mengemas meja usai sahaja selesai makan tengahari, Aku terpandang kelibat Mama memasuki gerbang pintu dapur. Sambil tersenyum, mama mula bersuara..
"Rasanya dah hampir setahun usia perkahwinan Mira dan Azril kan? Mmm...rasanya teringin sangat Mama nak timbang cucu pula daripada menantu mama ni". Datin Fatimah menghabiskan kata-katanya.
Terkedu aku mendengar penerangan mama sebentar tadi. Sedangkan baru sebulan lebih dia kembali ke pangkuan suaminya, tidak mungkin terlalu cepat dia untuk pregnant. Sambil mengatur ayat dia cuba menjawab pertanyaan mamanya.
" Mmmm...Mama, mungkin belum ada rezekilah tu, Tapi mama jangan risau yea kalau dah ada rezeki nanti pasti ada jugak".
"Mama bukan apa, just risau aja kalau kamu nak merancang-rancang pula, Mama dan Papa sekarang pun dah semakin senja nanti kempunan pula nak menimbang cucu daripada anak tunggal mama yang satu tu". Datin menyudahkan kata-katanya.
Selang beberapa hari......
Lokasi : Condominium Mewah Milik Azril dan Mira.
Selesai sahaja mandi petang itu, Aku tersentap dengan kehadiran Azril yang secara tiba-tiba meluru keluar di sebalik pintu bilik air.
"Eeh...terkejut tau.....Bila abang balik? Tak perasan pula Mira". Mira mengajukan pertanyaan kepada suaminya.
"Ah...itulah sayang mandi khusyuk sangat sampai abang balik pun tak perasan".
"Sorrylah bang...Mmm...Nie yang tengok Mira semacam ni mesti nak sesuatu daripada Mira kan?" Mira lantas mengajukan persoalan kepada suaminya yang tengah tersengih seperti kerang busuk.
"Mmmm...Wangilah isteri abang ni". Sambil membelai lembut rambut Syamira yang masih basah.
Mira hanya jadi pemerhati. Sambil tersenyum nakal, Azril menghulurkan sekeping kad yang terlipat kemas di tangannya kepadaku. Dengan kerut seribu di dahi ku capai kad itu. Kad kini berpindah tangan, lalu dibuka perlahan kad berwarna merah itu olehnya. Sebaik selesai mengamati isi kandungan yang terkandung di dalamnya. Pantas Syamira mengajukan persoalan kepada suaminya.
"Tiket penerbangan?"
"Ahaa..abang sengaja balik awal hari ni sebab abang nak luangkan masa untuk isteri abang ni packing barang sama-sama. Besok pagi kita dah nak bertolak". Syazril menjawab sambil tersenyum simpul.
"Kita kena pergi untuk apa?" Syamira masih tidak mengerti maksud yang cuba disampaikan suaminya, dan mengajukan lagi persoalan.
"Honeymoon lah sayanggg....Kan kita masih belum pergi honeymoon lagi sejak kita mula diijabkabulkan hari tu. Takkan sayang abang ni tak ingat". Sambil mencuit manja hidung mancung milik isterinya.
Terukir senyuman dibibir Syamira. Hatinya benar-benar berbunga kerana mereka akan pergi ke sebuah destinasi peranginan yang sering menjadi pusat kunjungan pasangan yang ingin berbulan madu iaitu Pulau Bali Bandung, Indonesia yang terkenal dan sangat indah itu. Sebelum ini, Bali adalah tempat yang sangat dia impi-impikan, kini keinginannya hampir tercapai lebih-lebih lagi dia dapat pergi bersama dengan orang yang amat disayanginya.
***********************************
"Sayang....bangunlah.. sekejap lagi kita dah nak mendarat ni". Kedengaran Azril berbisik ke cuping telinga isterinya.
Mira terjaga dari lenanya. Baru dia perasan bahawa sepanjang penerbangan mereka tadi, tanpa disedari dia telah tertidur nyenyak di bahu bidang milik suaminya.
"Hee...sorry abang..Mira sendiri tak sedar bila pula Mira boleh terlelap tadi".
Syazril hanya menggeleng-gelengkan kepalanya menandakan dia tidak kisah akan perkara itu.
Setelah selesai urusan check in di kaunter lobby hotel yang agak mewah itu. Syazril memimpin erat tangan isterinya. Sesampai sahaja di hadapan pintu hotel, pekerja yang bertugas membawa barang-barang kami pun mula bersuara...
"Ya udah pak sekarang kan kita udah nyampai. Ini bagasinya ya". Sambil menurunkan bagasi kami dari troli khas membawa bagasi itu.
"Terima Kasih". Ringkas sahaja Azril membalas.
"Ngak apa pak, ini emang tugasnya saya sih, Moga aman ya nyenap libur di sini. Ya udah, saya pramisi dulu ya pak, ibu". Sambil menundukkan kepalanya tanda hormat.
Syamira memerhati petugas hotel itu sehingga kelibatnya mula menghilang di sebalik dinding.
"Ehemmm...." Kedengaran Azril berdehem.
Sambil menoleh ke arah Azril, Mira mula bersuara kerana terkejut dengan deheman yang agak kuat dari suaminya.
"Kenapa bang?"
"Tak....sayang....just nak tanya aja, sayang tengok apa tu? Terjegil aja biji mata tu...Tengok lelaki tadi yea? "
Sambil ketawa kecil, Syamira menjawab persoalan suaminya yang agak kelakar itu.
"Aii...takkan nak cemburu pula kat pekerja hotel tadi tu?"
"Habis sayang tu dok pandang dia aja abang tengok".
"Tak adalah abang..Mira rasa, bahasa dia tu pelat sangat sampai susah nak faham. Tu aja, tak lebih".
"Yealah sayang...abang sengaja aja tu nak menyakat sayang tadi ". Terkuntum satu senyuman nakal di bibir nipis miliknya.
"Jahat tau...." Syamira bersuara manja, sambil mencubit perlahan lenggan suaminya.
"Sudahlah sayang mari kita masuk".
Tanpa berkata apa-apa Syamira membuntuti suaminya memasuki gerbang pintu bilik hotel itu.
Lokasi : Di sebuah Restaurant Elit (Tepi pantai Pulau Bali).
Malam itu penampilan Syazril agak santai dengan seluar pendek paras bawah lutut berwarna hitam pekat, dipadankan pula baju T-shirt jenama Polo berwarna putih, kolar hitam. Sementara Syamira pula hanya mengenakan baju T-shirt lenggan panjang berwarna putih sedondon dengan suaminya, serta dipadankan dengan kain shawl lembut berwarna hitam, bercorak bunga merah jambu. Kami memilih tempat duduk yang agak terasing iaitu bertempat di anjung restoran tersebut. Anjung itu betul-betul terletak berhampiran dengan pantai. Pemandangan malam yang indah jelas kelihatan dengan gemerlapan taburan bintang. Tiupan angin malam yang menghembus terasa dingin menggigit tulang, sesekali kedengaran bunyi desiran ombak pantai menampar hebat batu-batu di tepi pantai. Suasana yang sangat romantik itu tidak sesekali dipersiakan oleh Azril. Sebatang lilin diletakkan betul-betul di tengah meja yang bulat. Dalam keadaan duduk yang bertentangan, Azril menarik lembut tangan isterinya dan menggengamnya erat. Mata saling bertentangan, Azril merenung dalam bebola mata Mira yang berwarna agak kecoklatan itu tanpa sekalipun berkerdip, begitu juga Syamira. Tiada kata yang terucap. Akhirnya Azril memulakan bicara...
"Sayang..sekarang abang lebih tenang dan bahagia didampingi isteri sesempurna Mira..Abang harap malam ni akan menjadi malam paling bahagia untuk kita berdua". Ayatnya terhenti seketika.. Azril membuka kembali bibirnya lalu bersuara... "Abang sangat mencintai sayang..Malah sayang sangat sampai bila-bila, untuk hari ini, besok, lusa, tulat dan sehingga akhir hayat abang..Percayalah sayang..." Aku dapat melihat anak matanya mula beralih arah, mengalir setitik air jernih di tubir matanya. Aku hanya diam seribu bahasa sambil menjadi pemerhati setia buatnya. Dikesat kasar air jernih itu daripada terus menuruni pipinya yang kelihatan sedikit agak tembam dari sebelum ini. Setelah melepaskan kesedihannya itu, Azril mengatur semula ayatnya. "Sayang...sudikah sayang menjadi seorang isteri buat lelaki seperti abang sampai bila-bila? Seorang lelaki yang pernah melukakan dan menyakiti hati sayang ini? Sudikah sayang menjadi seorang ibu buat anak-anak abang suatu hari nanti?" Terlerai pegangan tangan mereka. Dengan pantas Azril meraup wajahnya berkali-kali dengan menggunakan kedua belah tangannya. Namun, setelah beberapa saat berlalu Azril memandang kembali wajah kesayangan isterinya itu, mungkinkah dia tengah berusaha mencari kekuatan untuk mendengar jawapan yang bakal didengarnya sebentar lagi daripada Syamira. Mira terkedu, tanpa disedari mengalir air mata di pipinya. Hatinya benar-benar terharu. Siapa sangka lelaki yang dulu amat membenci dirinya kini telah berubah menjadi seorang yang penyayang dan romantik, malah amat mencintai dirinya sehingga dia dapat melihat sendiri air mata suaminya yang mengalir. Kaum lelaki memang tidak akan lepas dari sikap ego yang meninggi, lelaki bukan mudah untuk mengalah dan menunjukkan mereka lemah dengan menitisnya air mata mereka, namun ego seorang lelaki hanya akan luntur disebabkan wanita yang amat dia cintai. Syamira benar-benar tidak mampu untuk berkata apa-apa, lidahnya jadi kelu, yang mampu dilakukannya pada ketika itu hanyalah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju akan persoalan suaminya sebentar tadi. "Betul ni sayang?" Dengan pantas dia menyoal kembali. "Iye abang..Mira pun sangat mencintai diri abang, malah sejak kita diijabkabulkan hari tu lagi". Meluru ayat itu keluar dari mulutnya yang mongel. Entah dari mana Syamira punya kekuatan untuk berkata sebegitu kepada Syazril. Mungkinkah hebatnya kuasa cinta mula menerjah mindanya. "Terima kasih sayangggg...." Laju sahaja dia menghabiskan ayatnya. Kini wajahnya yang tadi kelihatan agak sugul, kembali ceria. Sehinggakan senyumannya melebar hingga ke telinga. Dengan pantas dia menggenggam kembali tangan isterinya lalu mengucupnya berkali-kali. Syamira hanya menjadi pemerhati sambil mengukir senyuman tanpa sekalipun lekang di bibirnya.
*************************************
Tiga bulan kemudian..
Sebaik terjaga dari lenanya. Azril meramas-ramas katil di sisinya. Dengan pandangan mata yang agak samar, Azril menoleh ke sebelah kanannya, ternyata Syamira tiada di sisinya.
"Dah bangun agaknya". Azril berbisik di dalam hati.
Papppp~ ~ tiba-tiba terdengar suatu bunyi yang agak pelik dari arah bilik air. Azril pantas mengulat bangun menuju perlahan-lahan ke bilik air. Daun pintu tertutup agak renggang, Azril merapatkan telinganya ke permukaan pintu. Kedengaran bunyi air terbuka deras dari arah dalam. Hatinya jadi tak keruan, pantas ditolaknya kasar daun pintu itu, betapa terkejutnya dia apabila mendapati Syamira terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri. Azril dengan segera mengangkat isterinya lalu memasukkan isterinya ke dalam perut kereta jenis Toyota Camry miliknya, tidak sampai beberapa saat sahaja, Azril terus memecut laju keretanya.
Di luar ruangan menunggu klinik swasta itu, kelihatan kelibat Azril mundar-mandir tidak keruan, sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri, sesekali kelihatan juga dia cuba memanjangkan lehernya menjenguk dari arah luar pintu bilik kecemasan itu. Tidak sampai beberapa minit, kelihatan Datuk Syed Harun, Datin Fatimah, Mak Temah dan Pak Ismail meluru mendapatkan Azril yang juga ternyata amat risau akan keadaan Syamira yang kini sedang menjalani rawatan kecemasan. Setelah beberapa jam berlalu, daun pintu bilik kecemasan itu pun terbuka, keluar seorang doktor yang lengkap serba putih di balik pintu. Dengan pantas Azril bertanya..
"Doktor, macammana dengan keadaan isteri saya? Everything Okay?" Soalan demi persoalan yang dilontarkan.
"Encik ni suami kepada NurSyamira Binti Mohd Ismail?". Doktor itu mengajukan semula soalan kepada Azril.
"Iye". Balas Azril sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Tahniah Encik, isteri encik kini sedang hamil dan kini usia kandungannya sudah masuk hampir dua bulan lebih, cuma sekarang dia agak lemah kerana badan isteri Encik kekurangan banyak air akibat dia terlalu kerap muntah".
Sambil menepuk bahu Azril. Dia berbicara lagi.
"Sebentar lagi isteri Encik akan dipindahkan ke wad pesakit biasa". Doktor itu berkata sambil tersenyum.
"Terima kasih doktor". Itu sahaja yang mampu diungkapkannya.
Ternyata bukan hanya Azril yang bahagia dan gembira tidak terhingga, malah papa,mama,ibu dan ayah juga amat gembira mendengar kenyataan doktor sebentar tadi, kerana mereka juga bakal menimbang cucu pertama mereka.
Enam bulan lebih kemudian....
Pagi itu Syazril sengaja lambat datang ke pejabat, konon katanya mahu meluangkan banyak masa untuk isteri dan anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi. Azril mengelus lembut perut isterinya yang agak buyut itu berulangkali. Dirapatkan teliganya ke perut isterinya..
"Eehh..baby papa buat apa kat dalam tu? Ada tak tendang perut mama hari ni? Jangan nakal tauuu...." Azril sengaja berbicara seperti itu kepada bakal cahaya mata mereka yang pertama. Berbicara dengan bayi yang berada dalam kandungan memang sangat baik untuk perkembangan otak bayi yang bakal dilahirkan.
"Anak papa tak nakallah papa". Kedengaran Syamira cuba mengubah suara kebudak-budakan untuk menyakat suaminya.
"Ohhh....papa yang silap...rupanya yang nakal tu mama, bukan baby papa ni". Sambil mencubit manja pipi isterinya yang gebu.
Syamira hanya tersenyum kambing dengan tindakkan suaminya tadi tanpa menghalang.
"Sayang...tak sabar pula rasanya abang nak tengok anak kita ni. Mmm..pasti comel macam mama dia kan? Okaylah sayang abang kena pergi dulu..Abang janji akan balik awal, selepas selesai aja meeting petang nanti".
"Okay sayang...janji tauuu..." Dengan nada manja Syamira menghabiskan kata-katanya.
"Iye...sayanggg...Don't worry".
Syamira bersalam dan mencium mesra tangan suaminya. Syamira tidak perlu gundah memandangkan kini dia sudah ada teman bersamanya iaitu ibu kesayangannya. Sejak beberapa bulan yang lalu ibulah yang telah menjadi penemanku di condominium mewah kami, memandangkan risau dengan keadaan Syamira yang hanya tinggal menghitung hari sahaja untuk bersalin.
Jarum jam sudah berganjak ke angka 7. Namun kelibat Azril masih tidak kelihatan, Syamira sudah cuba menghubungi telefon bimbitnya berkali-kali, namun usahanya tetap gagal. Perasaan risau mula menghimpit jiwanya, selalu Azril pasti akan mengkhabarkan dulu kepada dirinya jika dia terpaksa lewat balik. Hati Syamira jadi semakin tidak menentu. Matanya tidak berganjak daripada terus memandang jarum jam yang terlekat di dinding ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba...Kringggggg~~kedengaran bunyi telefon rumahnya berdering.. Dengan pantas Syamira menggapai gagang telefon itu.
"Hello...Mira" Kedengaran suara Mama dihujung talian.
"Hello...Iye mama...Ada apa?" Syamira menjawab, namun debaran jantungnya semakin kencang.
"Sekejap lagi mama sampai ambik Mira dan ibu Mira sekali". Kedengaran agak cemas suara datin di corong telefon.
"Ada apa Ma?" Agak meninggi suara Syamira cuba mengawal emosi.
"Em..mmm...Ril......Azrilll....". Sesekali kedengaran esakkan kecil milik mama.
"Kenapa dengan abang Azril ma?" Debaran jantungku jadi tidak menentu.
"Azril....kemalangan dengan sebuah lori petang tadi...Mira sabar yea". Aku mendengar suara mama semakin jauh.
Tanpa berkata apa-apa, terlepas gagang telefon dari gengaman tangannya. Pandangan mataku semakin samar, kakinya jadi lemah, akhirnya terjelepok Syamira ke atas lantai. Semasa aku membuka mata, aku dapati diriku terbaring di atas katil tanpa ditemani siapa-siapa. Ku perhatian keadaan sekelilingku, ternyata sepi dan gelap. Aku dapat melihat cahaya lampu kuning memancar masuk ke dalam bilikku, aku berdiri perlahan menghampiri, cahaya itu sangat terang memantul anak mataku. Mira mengecilkan matanya, dalam keadaan yang samar itu Syamira dapat melihat bayangan yang amat dikenalinya. Syamira melangkah satu persatu ke hadapan.. Kini, dengan jelas dia dapat melihat wajah suaminya yang sedang tersenyum manis kepadanya. Syamira cuba mendakap tubuh suaminya itu tetapi bayangan suaminya semakin menjauh dan hilang serta-merta. "Abanggggg....." Syamira cuba melaung memanggil suaminya namun panggilan tidak bersahut...
Syamira terasa tubuhnya seperti digoyang dan apabila membuka mata, dia dapat melihat jelas wajah ibunya memandang risau dirinya. Basah seluruh tubuhnya bermandikan peluh. Syamira menangis semahu-mahunya dipelukan ibunya apabila mendapat tahu Azril kini tengah bertarung nyawa di bilik rawatan kecemasan. Syamira cuba berusaha untuk bangun dari katilnya, Syamira mahu mendapatkan suaminya itu. Namun, niat Syamira terbantut apabila jururawat yang bertugas merawatnya menghalang dirinya daripada bergerak memandangkan keadaan dirinya juga tidak stabil pada ketika itu. Ternyata Syamira juga turut dimasukkan ke wad pesakit di hospital yang sama dengan suaminya. Syamira hanya mampu berdoa ke hadratNya agar suaminya masih diberikan kesempatan untuk melihat dan membesarkan anak hasil perkongsian hidup mereka yang hanya menunggu beberapa hari sahaja lagi untuk dilahirkan. Dia juga memohon agar Allah memberikan peluang dia bersama lagi dengan suaminya untuk jangka waktu yang lebih lama. Mana kuat dirinya membesarkan anak mereka tanpa seorang suami. Dalam kesedihan yang teramat sangat, tanpa mira sedari dia terlena dalam dakapan ibunya. Syamira benar-benar belum bersedia untuk menerima kehilangan suaminya yang amat dia cintai.
Keesokkan harinya, Syamira terjaga lagi dari lenanya. Syamira pantas bangkit dan duduk di atas katilnya, kelihatan wajah sugul milik papa, mama, ibu dan ayah duduk di atas sebuah kerusi menunggu di hujung katil wad pesakit tempat Syamira dirawat. Dengan pantas Syamira berbicara... "Macam mana dengan keadaan abang Azril ma?". Mama hanya memandangku tanpa sedikit pun berminat untuk menjawab pertanyaan Mira sebentar tadi. Begitu juga papa yang hanya tertunduk membisu, raut wajahnya kelihatan sangat sayu. Masih jelas ternyinyang-nyiyang di cuping telinganya gelak tawa Azril menyakatnya pagi itu. Tanpa dapat ditahan-tahan, akhirnya mengalir air mata deras berlinang melewati pipinya tanpa langsung diseka. Kedengaran esak tangisan Syamira yang mula kuat kedengaran memecah hening suasana ruangan bilik itu. Syamira tidak dapat membayangkan kehidupannya selepas ini tanpa didampingi oleh suaminya yang amat dia kasihi. Dua Minggu kemudian... Kini, Syamira selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup sifat, bayinya nampak agak sihat dengan berat 3.8 kilogram. Rambutnya yang tebal diusap lembut oleh mira, kulit tubuhnya juga kelihatan masih merah. Sesekali kedengaran tangisan nyaring milik sikecil itu keluar tanpa segan silu, pipi bayinya yang tembam dan halus itu dicium dengan penuh kasihsayang oleh Syamira. Semua orang berebut-rebut menunggu giliran untuk menggendong cucu pertama mereka. Namun, hanya bayangan Azril sahaja yang tidak muncul. Syamira tidak mampu berkata apa-apa, selain menjadi pemerhati setia melihat gelagat ibu, ayah, mama dan juga papa yang sangat teruja menyambut kelahiran cucu pertama mereka yang sebelum ini amat dinanti-nantikan. Dalam suasana yang hinggar-binggar itu, tiba-tiba daun pintu bilik dikuak perlahan oleh seseorang. Dengan hanya memakai baju seragam serba biru, dia melangkahkan kakinya satu persatu cuba menghampiriku. Walaupun langkah kakinya agak perlahan dan terbatas, namun nampak sungguh kegigihannya. Sebaik tiba di sisi Syamira, dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Dengan perlahan dia mula bersuara.... "Terima kasih sayang....sebab sudi melahirkan zuriat abang." Sambil tersenyum, dia menyambung ayatnya lagi. "Baby perempuan yang comel pula tu macam mama dia." Azril mengucup lembut dahi isteri yang amat dia sayangi itu. Syamira hanya menghadihan senyuman yang manis buat suaminya. Dia benar-benar bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengabulkan doanya. Mujurlah semasa kemalangan itu berlaku, Syazril terlebih dahulu terpelanting keluar sebelum kereta yang dipandunya terperosok masuk ke bawah lori yang membawa muatan minyak 15 tan tersebut. Syazril mengalami kecederaan yang agak parah, kaki kiri dan tangan kanannya patah akibat hentakan yang kuat dalam kemalangan ngeri meragut nyawa dua orang mangsa itu. Syazril bertuah kerana dia terselamat daripada kejadian berdarah itu. >>>>>TAMAT<<<<<
Yang berkarya :
Labels: Koleksi Cerpen ![]()
"Aku Berkarya, Anda Just Komen" Maaf seandainya masih kurang pengisian, jalan cerita dan ending cerita yang kurang menarik. Apa-apa pun Thanks for reading. Malam ini, adalah malam pertama aku berjauhan dengan ibuku di kampung. Asingnya diri ini tinggal di rumah yang semewah itu. Kini, aku sudah sah menjadi isterinya. Aku sedar sepatutnya aku tidak pantas untuk berada di dalam bilik sebesar itu, lebih-lebih lagi bersama dengan dia insan yang tidak setaraf dan layak untuk menjadi suamiku. Terlalu tinggi jurang pemisah antara kami berdua. Benar kata orang cinta itu buta, tidak kira bangsa, harta ataupun rupa. Pernikahan kami termetrai juga bukan atas kerelaan hati kami, malah, semuanya telah dirancang dan diatur dengan teliti oleh kedua orang tua kami. Ku labuhkan punggungku di birai katil, pandangan mata ku, aku alihkan ke bawah sambil memerhatikan hujung ibu jari kakiku yang sibuk menyelak permaidani yang bagi andaian kasarku mungkin diperbuat daripada bulu kambing biri-biri, disebabkan bulunya yang sangat lembut. Tengah asyik aku melayan perasaan, tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki yang memiliki kulit yang cerah, bertubuh sasa , dan mempunyai wajah yang tampan itu memasuki tirai pintu yang sejak tadi terbuka luas. Dengan raut wajahnya yang kelat, dia menutup pintu itu. Aku hanya menjadi pemerhati. Selangkah demi selangkah dia menghampiriku. Terkejut aku apabila dia tiba-tiba bersuara... "Ee..kampung, kau sedar tak yang kau ni memang tak layak menjadi pendamping hidup aku? Dan buat pengetahuan kau, kau jangan nak perasaan yea aku akan terliur tengok kau nie! Hemm...simpang malaikat 44 aku nak ada zuriat dengan budak tak sedar diri macam kau ni". Dia menghabiskan ayatnya dengan nada suara yang meninggi. Aku benar-benar terkejut sehingga macam tu sekali dia menghina diriku. Namun tidak sepatah pun aku menjawab, kini dia adalah suamiku yang sah. Aku tidak boleh melawan, jauh sekali mahu mengingkari kata-katanya. Masih jelas ternyiyang-nyiyang pesanan ibu beberapa bulan yang lalu, 'bila Mira sudah berkahwin nanti ingat..syurga Mira bukan lagi di bawah telapak kaki ibu ni..tapi di bawah tapak kaki suami Mira nanti'. Sedang asyik aku berkhayal, tiba-tiba aku disergah lagi dengan suara garau miliknya.. "Heiiii...kampung....kau bisu ke? aku dari tadi dok tercegak kat sini, dia buat tak reti pula. Listen to me!! Stand up!! you tak layak duduk kat katil aku ni, dasar orang kampung. Aku sendiri pun tak faham kenapa parents i kemeruk sangat nak jadikan you menantu mereka. Haa...Not my test!". Terkebil-kebil aku dengan ejekan demi ejekan yang dia lemparkan. Lantas aku berdiri dan melangkah beberapa tapak ke hadapan. Tidak sampai dua tapak aku melangkah, tiba-tiba bantal melayang tepat mengenai kepalaku. "Ha...ambil bantal tu, jijik aku dengan kau..kampungan macam kau memang layak tidur kat lantai. Haa..kat situ". Sambil menudingkan jarinya ke arah suatu sudut yang berhampiran dengan bilik air. Aku capai bantal itu lalu beredar ke arah yang dimaksudkan. Malam tu, aku tidur bertemankan air mata. Betapa hancurnya hatiku diperlakukan sebegitu rupa oleh suamiku sendiri. Kebahagiaan yang aku dambakan sebelum ini musnah...Azril merupakan anak kepada majikan ayahku, iaitu Datuk Syed Harun Bin Syed Hasyim seorang usahawan yang berjaya. Malah cawangan perniagaannya juga sampai ke peringkat luar negara. Ayahku hanya bekerja sebagai seorang pemandu kepada Datuk Harun, selama lebih 20 tahun ayahku berkhidmat kepada keluarga mereka. Azril merupakan seorang pemuda yang sombong, sosial, nakal dan suka berfoya-foya dengan ramai wanita. Dia baru sahaja menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat selama lebih 5 tahun, dia hidup bertahun-tahun merantau di negara orang, oleh kerana itulah sikapnya terikut-ikut seperti orang barat, dan kerna itu jugalah keluarganya berhasrat menyatukan kami berdua kerana bimbang jika perangai anak tunggalnya semakin menjadi-jadi. Dengan pernikahan ini mungkin dia akan berubah ke arah yang lebih matang dan boleh fokus untuk mengambil alih perniagaan ayahnya kelak.Keluarga Datuk dan Datin sangat disanjungi disebabkan sikap mereka yang baik hati, dermawan dan juga sangat menyayangi aku. Memandangkan mereka tidak mempunyai anak perempuan, sejak kecil mereka selalu memanjakan aku. Menghadiahkan aku baju, barbie doll dan mereka sudah menganggapku seperti anak mereka sendiri. Malangnya, anak kandung mereka pula yang telah hanyut dan membesar menjadi seorang yang sangat angkuh dan degil. Datuk dan Datin amat kesal akan perubahan yang berlaku terhadap anak tungggal mereka, iaitu bakal menjadi pewaris seluruh harta mereka. Sebab itulah ibunya tidak setuju Azril berkahwin dengan wanita pilihan hatinya itu, kerana bimbang jika perempuan itu hanya ingin mengambil kesempatan terhadap anak kesayangan mereka. ****************************** Selesai saja solat subuh, segera aku mengorak langkah untuk turun ke dapur, semasa aku melalui ruangannya sempat juga aku menoleh ke arahnya, aku melihat dia tengah tidur nyenyak di atas balairung katilnya yang empuk itu. Tidak juga aku berani untuk mengejutkannya. Apalagi mahu mengajaknya untuk solat berjemaah. Aku menuruni satu demi satu anak tangga yang diperbuat seratus peratus menggunakan batu marmar yang berharga jutaan ringgit itu. Setiba saja di dapur dengan pantas Mira memasak hidangan kegemarannya iaitu ikan tenggiri masak lemok chili api, Mira juga turut menyediakan nasi goreng kampung yang terlaris dan sering menjadi pujian orang-orang kampung mereka iaitu Kg. Sri Menanti, di kampung mereka ibu Mira adalah seorang perniaga warung kecil-kecilan. Mira adalah seorang anak yang baik, rajin, penyayang dan sering membantu ibunya berniaga. Di kampungnya Mira sangat disenangi orang ramai memandangkan sikapnya yang peramah dan ringan tulang. Setelah siap memasak. Mira menghidang semua resepi itu dan menyusunnya di atas meja. Mira sengaja awal menyediakannya sebelum semua orang bangun pada pagi itu.Memandangkan semua pembantu rumah Datuk masih bercuti selepas tamat melangsungkan majlis perkahwinan Mira dan Azril. Mira tersenyum puas kerana semua hidangannya sudah lengkap. Tengah asyik Mira menuang air ke dalam cawan Mira terdengar suara Datuk dan Datin, iaitu merangkap mentuanya. "emm..wanginya bau, sampai kat atas kami terhidu. Mira yang sediakan semua ni yea? Mesti sedap Mira masak?". Lembut sahaja Datin Fatimah Mansor mengatur ayat itu dan menembusi ruangan telinga Mira. "Iye Ma. Aaa....kalau nak tau sedap ke tak Mira masak jemputlah makan breakfast sama-sama Mama, Papa".Balas Mira mesra. "Aiii....kata pengantin baru, suaminya mana?" Giliran Datuk pula berbicara. "Masa Mira nak turun tadi, abang Azril masih tidur lagi Pa".Aku menjawab pertanyaan Datuk dengan nada yang teragak-agak. "Pergilah Mira kejutkan Azril tu, dia tu memang liat sangat nak bangun pagi. Tak berubah-ubah juga perangai anak awak ni walaupun dah beristeri. Sambil memandang wajah suaminya..Ish..ish..Azril..Azril...." Datin Fatimah mula membebel. Dengan penuh debar aku cuba mengejutkan Azril yang tengah asyik melayari mimpi indahnya. Aku cuba menggoyangkan badannya memandangkan sejak tadi panggilanku tidak bersahut. Dia lantas mengulat bangun dan duduk memandangku dengan pandangan yang tajam. "Eeee...Perempuan berani kau sentuh tubuh aku!". Dengan pandangan penuh meluat, dia bangun lalu terus menuju ke bilik air. Tinggallah aku terkebil-kebil sendirian. Selang beberapa minit kemudian, semasa asyik kami semua menjamu selera. Tiba-tiba kelihatan kelibat Azril menuruni anak tangga. "Oh My God!...bau apa yang menusuk lubang hidung Ril ni Mama? busuk betul, Ril tak suka okay". Dengan lantang dia meneking ibunya. "Cukup Mohd Syed Syazril!". Datuk membidas kebiadapan Azril terhadap ibunya itu. Aku tersentap. Benar-benar aku tidak menyangka tahap egonya terlalu meninggi mengalahkan gunung Kinabalu. Dia menghina diriku lagi. Aku yakin bau yang dia maksudkan adalah bau resepi masakan kampung yang sememangnya tak kena dengan tekak baratnya itu. Dengan wajah yang masam mencuka Azril terus berlalu pergi. Ke mana? sesungguhnya aku sendiri juga tidak pasti. *********************************** Pada suatu malam tengah khusyuk aku bersama dengan mama dan papa menonton televisyen, tiba-tiba Azril menyuarakan pendapatnya untuk berpindah rumah. Kerana kononnya mahu hidup berdikari tanpa bantuan Mama dan Papanya, dia juga berjanji akan pulang setiap hujung minggu. "Ha..macam ni lah anak papa". Papa berkata sambil tergelak senang. Ku pandang mama, ternyata mama juga turut mengiyakannya dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Sejak dari itu, aku di bawa pindah ke sebuah condominium mewah yang disediakan khas untuk kami berdua. Awalnya aku gembira, mungkinkah selepas ini kehidupan kami akan berubah? Agaknya sikap dingin Azril terhadapku juga akan berubah? Mungkinkah dia sudah mula menerimaku? mula menyukaiku? atau....hakikatnya aku sendiri juga keliru. Sejak awal mereka diijabkabulkan lagi hati Syamira sudah mula terpikat dan terpaut akan kekacakan suaminya sendiri, Malah Mira sudah berjanji dengan dirinya akan menjadi seorang isteri yang baik buat suaminya, Azril. Walaupun Azril membenci dirinya, malah mereka juga tidur di bilik yang berasingan. Mira tetap bersabar dengan sikap yang sering ditunjukkan Azril kepadanya. Beberapa bulan kemudian.. Walaupun sekarang Azril sudah mengambil alih perniagaan papanya, namun sikap Azril tidak pernah berubah, setiap malam dia lewat balik ke rumah dan apabila sampai ke rumah pasti dia dalam keadaan mabuk. Syamira benar-benar sedih dengan sikap Azril yang tidak pernah mahu berubah itu. Siang malam Mira berdoa agar suaminya kembali ke jalan yang benar. Baru sahaja Mira memejamkan mata kedengaran bunyi ketukan pintu yang semakin mengganas, pantas Mira bangun membuka pintu. Keadaan Azril tetap sama, mabuk sehingga terhoyong-hayang. Melihatkan keadaan Azril seperti itu, Mira segera memapahnya sehingga ke dalam bilik tidur. Aku membaringkannya di atas katil. Ku lihat Azril tidak sedarkan diri. "Terlalu mabuk agaknya dia malam ni, kalau selalunya pasti dia akan memaki-hamunku". Bisik Mira. Mira membuka perlahan sarung kaki yang tersarung di kaki Azril. Tengah asyik Mira menyudahkannya tiba-tiba tangan Azril memegang lenggannya lalu merapatkan tubuhku ke sisinya. Jantungku berdegup kencang, ku tatap wajahnya yang berubah merah akibat terlalu banyak minum. Bau alkohol itu sangat kuat, sehingga susah untuk bernafas. Lantas ku menjarakkan diri darinya, tetapi belum sempatku berbuat sedemikian Azril lebih pantas memeluk tubuhku erat di dadanya yang bidang. Akhirnya, Mira sendiri juga terlelap di dalam dakapan erat suaminya itu. Semasa Mira terjaga pagi itu, didapatinya Azril sudah tiada di sisinya. Perasaan malu mula menyelubungi dirinya, apabila mengingatkan kesilapannya turut tertidur di sebelah Azril semalam. Pantas Mira berlari ke tirai pintu. Belum sempat Mira melarikan diri, Mira bertembung Azril semasa dia mahu menjegukkan kepalanya ke luar bilik. Mata berpandangan mata, tiada kata yang terucap. Aku terdiam dengan renungan matanya yang agak berlainan dari sebelum ini yang penuh dengan kebencian. "Hey...perempuan apa yang berlaku semalam aah? Macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku? kau curi masuk yea?". Begitu kejam tuduhannya itu. "Ta...tak". Mira cuba menafikannya. "Habis yang kau tidur sebelah aku semalam tu?". Dia terus-menerus mendesakku. Tanpa berkata apa-apa aku terus berlalu pergi.Tidak sanggup aku mahu mendengar tuduhannya lagi. Menitis setitik demi setitik air jernih di pipi wanita itu. Mira benar-benar malu dituduh seperti itu, tapi dia sendiri juga tiada bukti untuk menyangkal dakwaannya. Sesampai saja dia di dalam bilik, terus sahaja dia sebamkan mukanya di atas bantal. Dia menangis semahu-mahunya. "kenapa aku sering menjadi mangsa keadaan? Disebabkan janji ayah dengan papa, aku yang terpaksa menanggung penderitaan ini tanpa ada ibu di sisiku". Dalam nada suara yang tersendu-sedan Mira cuba bermonolog sendirian. Fikiran Syamira mula menerawang jauh. Masih jelas lagi dalam ingatannya, secara tidak sengaja dia terdengar perbualan di antara papa,mama dengan ayah,ibu yang mahu kami disatukan sedangkan aku masih terlalu muda untuk mengalami alam berumahtangga yang penuh dengan onak dan duri ini. Umurku kini baru menjengah ke-20 tahun, sementara Azril pula sudah melonjak ke-30 tahun. Terlalu jauh jarak usia kami. Namun aku terpaksa akur dengan saranan ayah untuk menyatukan kami, menurut kata ayah aku akan bahagia jika aku dapat berkahwin dengan Azril, namun dugaan ayah melesit sama sekali, sebenarnya ayah seolah-olah menyerahkan anaknya ini ke dalam mulut buaya. Aku benar-benar rindukan ibu. ********************************************** Di lobby syarikat yang tersohor itu, kelihatan seorang lelaki muda gagah melangkah dengan penuh yakin. Dengan penampilan segaknya memakai kemeja berwarna biru cair dipadankan pula dengan seluar slack hitam. Tali leher pula tersemat kemas sedondon dengan warna bajunya. Semua staff tunduk dan hormat kepadanya.Siapakah jejaka itu? Lelaki tadi pantas memasuki ruangan bilik Pengarah Urusan. Sambil mendengus kasar Azril terus melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada di tengah ruangan bilik itu. Dia duduk termenung sendirian. Apakah yang mengganggu fikirannya agaknya. Fikirannya ligat berputar. Mengenang kejadian yang terlalu pantas berlalu. "Dia terlalu sempurna". Terpancul ayat itu dari mulut Azril. Dia cuba mengingati kejadian pagi tadi. Semasa terbangun dari lenanya, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Mira, wanita yang amat dibencinya itu berada dalam pelukannya. Dia menatap lama wajah gadis itu. Kecantikan Mira tidak dapat disangkalnya lagi kali ini. Kulitnya yang putih melepak dan kulit wajahnya juga halus seolah-olah jerawat takut untuk menumbuhinya. Raut wajahnya yang berbentuk bujur sirih itu sangat sesuai dengan rambutnya yang panjang, lentik bulu matanya juga sudah dapat membuatkan hati lelaki akan cair bila terpandangnya. Bibirnya yang merah dan mongel itu juga benar-benar menggugat keimanannya sebagai seorang lelaki. Tapi malangnya Azril terlalu ego sehingga mengetepikan kenyataan itu. Tengah sibuk dia mengelamun tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya yang menandakan satu pesanan ringkas masuk ke peti pesanannya. Azril yakin pengirim itu bukan Syamira gadis yang dinikahinya beberapa bulan yang lalu memandangkan dia tidak pernah berbual dengan Mira melainkan tengkingan serta penghinaan yang dilemparkan, masakan pula mereka ada masa untuk berkomunikasi.Azril pantas membuka peti pesanannya lalu membaca isi kandungan pesanan ringkas itu. From : My Baby Dear, don't forget i see u tonight. Ok, See u later Love u..Muahhh....To : My Dear Selesai sahaja dia membaca pesanan ringkas (sms) itu, terukir senyuman di bibirnya. Serta-merta bayangan Mira lenyap dari pandangan matanya. Malam tu penampilan Shila sangat menonjol. Baju merah tanpa lengan yang sendat itu melekat pada tubuhnya dengan skirt jeans pendek separas paha.Dengan lenggang mengadanya, dia memasuki perut kereta jenis BMW X5 series kepunyaan Azril. Azril tersenyum meleret sebaik terpandangkan penampilan Shila yang menepati cita rasanya itu. Kalau tidak kerana Shila mengizinkan Azril berkahwin dengan Mira tidak mungkin Azril mahu menikahi Syamira kerana Datuk telah menentukan syarat tersebut sebelum mengambil alih business kepunyaan ayahnya. Jelas terbongkar Shila cuma mahu mengambil kesempatan terhadap Azril, tetapi Azril sudah buta mata dan hati dengan semua pujuk rayu Shila. Lokasi : condominium mewah Agak lama juga Syamira menyudahkan doanya semasa solat Isyak tadi. Mira memasak hidangan makan malam buat dia dengan suaminya Azril, Mira selalu berbuat demikian walaupun saban hari Azril tidak pernah pulang awal ke rumah. Mira berharap agar suami kesayangannya itu mahu berubah. Sudah banyak kali juga Papa dan Mama bertanyakan mengenai perangai Azril, namun Mira terpaksa menyembuyikan sikap buruk Azril kerana bimbang Azril akan memarahi dirinya. Selesai sahaja menjalankan tugasannya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, Syamira membawa dirinya duduk di ruang tamu rumah itu sambil menonton televisyen. Selang beberapa jam kemudian, Syamira terdengar bunyi pintu diketuk dan sesekali kedengaran suara orang berbisik dan suara garau itu amat dikenalinya. Sebaik sahaja membuka pintu itu... "Astaghfirullahalazim". Sambil menutup mulut Mira berucap. Mira benar-benar tidak percaya melihat seorang wanita memapah lengan Azril yang dalam keadaan mabuk ketika itu. Sempat juga wanita itu melanggar bahuku sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Aku hanya memandang mereka dengan hujung ekor mataku. Hatiku bagaikan dihiris-hiris melihat akan kemesraan mereka. Kali ini tahap kesabaranku benar-benar tercabar. Sudah sekian lama dia menganggapku seperti tunggul kayu dan kali ini aku harus bersuara dan menghalang mereka daripada mencemari kesucian mahligai kami. Memandangkan rumah ini adalah milik Mira dan Azril, bukan wanita yang berpakaian tidak senonoh itu. "Awak, saya merayu tolong hormat saya sebagai seorang isteri, saya juga berhak menasihati kesilapan awak". Dengan nada suara yang agak lantang. Sambil menoleh ke arah ku Azril berkata.... "What's??? eeeehh...kampung kalau tak kerana parents aku, jangan harap aku sudi nak menikahi kau! Kau hanya isteriku di atas kertas bukan dalam alam realiti ni, so you jangan nak bercakap mengenai hak you! Faham!!! Kalau kau tak suka, kau boleh berambus dari rumah aku ni!!" Dengan nada suara menempik. Mengalir lagi air mataku dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Tapi ku gagahkan diriku juga untuk bersuara, walaupun dengan suara yang teresak-esak. "Kenapa awak seksa saya macam nie? wak... saya salah apa? semua ni pun bukan atas kemahuan saya? saya juga turut terperangkap atas perjanjian orang tua kita, perjalanan hidup saya juga masih jauh, saya juga mahu mempunyai masa depan macam rakan sebaya saya yang lain".Agak lemah dia menghabiskan ayatnya. Dari jauh aku dapat melihat wanita tadi mengukir senyuman yang tersirat seribu makna, dengan raut wajahnya yang mengejek dia menjelingku. Azril cuba menghampiriku dengan keadaannya yang terhoyong-hayang. Aku hanya memerhatinya dalam keadaan tersendu-sedan. Tanpa ku duga...Pangggggg....melayang satu tamparan hebat milik Azri hinggap ke pipi gebu milik Mira. Terjatuh Mira ke lantai dengan dorongan yang agak kuat itu. Terasa berpinar-pinar pipinya. Perit hatinya akan kelakuan Azril yang langsung tidak berperikemanusiaan itu, sedih yang amat sangat mula menerjah diri Syamira. Namun, perlahan-lahan Mira cuba bangun dan memandang kembali suaminya itu. Dengan bergenang air mata, Mira cuba menguatkan semangatnya untuk berkata sesuatu kepada Azril. "Terima kasih atas apa yang awak lakukan terhadap saya selama ni, saya juga ingin memohon maaf dari hujung rambut awak sehingga hujung kuku kaki awak sebab dah menyusahkan hidup awak, kerna terpaksa menerima saya sebagai isteri awak, halalkan juga segala makan dan minum saya selama ni". Agak serak nada suara itu akibat terlalu banyak menangis. Sempat jua dia mencapai tuala yang tersangkut di atas kerusi itu bagi menutupi rambutnya yang panjang. Dia terus melangkah keluar rumah malam itu dengan sehelai sepinggang. Azril terdiam dengan tindakan Mira meninggalkannya terpingga-pingga di ruang tamu itu. Azril memegang kepalanya yang mula berpusing, pening akibat terlalu banyak minum di kelab malam tadi bersama Shila. Mungkinkah rasa bersalah mula menyelubungi dirinya? Shila pula, mula merapati dirinya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.. Pandangan mata Azril mula kabur dan.........Gelap..... ******************************************* Beberapa Minggu Kemudian. Azril merenung jauh bulan yang mengembang penuh itu di luar beranda. Sesekali kelihatan dia meraup wajahnya berulang kali. Mungkinkan perasaan bersalah mula bersarang dalam sanubarinya? Fikirannya kembali ke peristiwa beberapa minggu yang lalu. Masih segar dalam ingatannya apabila melihat Syamira pantas meraba-raba pipinya akibat penangannya malam itu, dia juga rasa sangat berdosa kerana bersikap sekejam itu terhadapnya. Bekas tapak tangannya juga jelas terpamer di pipinya. Selepas kejadian malam itu, dia tidak pernah lagi bersua muka dengan Mira. Mungkinkah dia sudah mula jatuh hati dengan gadis itu, perasaan rindunya benar-benar tidak mampu dibendungnya lagi, malah dia sendiri tidak tahu akan keberadaan Syamira. Perasaan risau mula menghimpit jiwanya. Tiba-tiba kedengaran alunan muzik ring tone yang menyayikan lagu Armada_Buka Hatimu~~ telefon bimbitnya berdering..Dengan langkah longlai Syazril menuju ke sisi meja lalu mencapai telefon bimbit miliknya, dengan pantas dia menekan punat 'yes' tanda menerima panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil yang muncul di kaca skrin. Di hujung talian kedengaran suara Datin menyapa anak kesayangannya itu. "Assalammualaikum, anak mama apa khabar? sihat? Mira sihat?". "Waalaikumsalam ma". Ringkas sahaja dia menjawab. "Sihat tak anak mama ni?. Dengar dari suara macam ada masalah je. Are you okay? Ril pun dah lama tak bawa Mira balik rumah ni. Mama rindu tauu". Kedengaran suara risau milik Datin Fatimah di corong telefon. Azril terdiam. Fikirannya tambah berserabut. Tetapi cuba menjawab juga. " Tak ada Ma, Ril okay, Ril busy sangat sejak kebelakangan ni. Nanti Ril bawa Mira balik yea, okaylah ma nanti Ril call back". Pantas Azril menamatkan panggilan telefon itu, kerana bimbang jika ibunya mendapat tahu rahsia yang cuba disembunyikannya. Azril memberi ibunya harapan sedangkan dia sendiri tidak tahu mahu mencari Mira di mana. Mustahil Mira dapat memaafkan kesilapan dirinya. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap Mira. Seharusnya dia sebagai seorang suami menjaga dan membimbingnya ke arah yang lebih baik bukan sebaliknya...Dia berjanji dengan dirinya akan mencari Syamira untuk membina kehidupan yang baru bersamanya dan akan melupakan Shila dalam kamus hidupnya. Masih jelas berlegar di ruang matanya akan kecurangan dan kemesraan Shila bersama seorang lelaki yang juga bertaraf seorang datuk di sebuah cafe beberapa hari selepas Mira pergi meninggalkan dirinya. Sekarang baru dia sedar mengapa Mama dan Papanya tidak merestui akan hubungan mereka sebelum ini. Dia benar-benar menyesal kerana bersikap ego, kasar dan angkuh kepada Syamira iaitu seorang wanita yang sempurna, teman dan juga seorang pendamping hidup yang sangat istimewa...... <<<<<Bersambung>>>>> Nantikan Koleksi Cerpen Lyn yang seterusnya di dalam Edisi "Setabah Dia II" Agak Sukar untuk Lyn menjayakan Cerpen ini memandangkan jalan cerita cerpen ini adalah kisah gelora hidup berumahtangga. Lyn kena cuba menghayati penceritaan ini dengan lebih matang memandangkan Lyn juga belum pernah mengalaminya sendiri...Apa-apa pun terima kasih atas sokongan semua. Semoga Terhibur Dan Menjadikannya sebagai Tauladan...Sekian dan terima kasih.. Yang berkarya: Labels: Koleksi Cerpen ![]()
|