♡Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♡
❀❀❀ BeLog MeRaH JamBu ❀❀❀

Search Here !
Nak Cari Apa ?


Banner !
My Banner


create your own banner at mybannermaker.com!
Belog Merah Jambu
Owner !
HeLLo ! Good days to you


♥ Welcome to my belog ♥ "Merah Jambu" ☻ Happy acquainted with you all. Thank you for your willingness to visit. Enjoy!!!

Status : I'am Online Now


Tagboard !
Footprints here


Follower !
Jantung Hati Saya


Link !

Find Me Here


L
My Blog:
Y
My Skype:
N
My Twitter :
D
My Facebook:
A



google.com

                                           

"Aku Berkarya, Anda Just Komen"

Maaf seandainya masih kurang pengisian, jalan cerita dan ending cerita yang kurang menarik.
Apa-apa pun Thanks for reading.




  Kisah Cintan, Jiwang sebentar untuk hari ini





"Andai dapat ku putar semula"

***********

"Twin3x SMS" nyaring kedengaran bunyi yang keluar dari telefon bimbit itu lantas dibacanya dengan teliti. Berkerut-kerut dahinya cuba memahami setiap baris isi kandungan sistem pesanan ringkas(SMS) itu. Ditekan punat handphone itu berulang kali "huhhh........." satu keluhan berat yang dihembuskan, sangat jelas terpancar kerisauan di raut wajahnya yang berbentuk bujur sirih itu. Kerdipan matanya yang bulat nampak agak sayu, sesayu hatinya..Apakah isi kandungan yang terkandung dalam pesanan ringkas itu. Yang pasti ianya benar-benar mengganggu fikirannya.
   "Tok..tok...tok.." pintu bilik itu diketuk bertalu-talu...namun tidak sesekali dia berganjak dari atas katilnya. Pandangan matanya kosong, keadaannya tidak terurus, rambutnya yang ikal mayang dibiarkan mengerbang. Kini lesung pipitnya yang manis tidak lagi kelihatan, hanya wajah muram menjadi pilihan hatinya. Tidak sepatah ayat pun yang keluar dari mulutnya.
"Risya...sya...jawablah.. aku ni beb..Kau kenapa ni sejak semalam tak keluar2x?
kau sakit eak??". Kedengaran sayup-sayup suara rakan serumahnya dari arah luar.
Namun dia tetap membisu, tidak sesekali dia berminat untuk menjawab pertanyaan rakannya itu. Sambil berbaring dia mengelamun, mengenang nasib yang malang. Setitis demi setitis jatuh ke pipi, dibiarkan tanpa diseka. Masih jelas dimatanya saat dia tersenyum malu semasa kali pertama keluar dating dengan seorang jejaka yang menjadi pujaan hatinya itu. Umpama dunia hanya miliknya pada ketika itu. Imran yang dikenalinya setahun yang lalu pergi meninggalkannya tanpa sebab musabab yang kukuh. Betapa remuk hatinya, betapa kecewanya dia. 
"Kenapa Im sanggup kecewakan Sya? Kenapa tergamak mainkan perasaan Sya? Apa Salah Sya? Kenapa? Sampai hati Im.Sya Benci Im. Benci sangat" Akhirnya tercetus jua amarahnya. Marah sungguh dia akan jejaka yang telah mengecewakannya itu. Ingatannya ligat berputar cuba mencari punca utama mengapa hubungannya dengan pujaan hatinya itu boleh berakhir dengan tiba-tiba. 
       "Hai..bie dah lama tunggu? Sorrylah tadi kena beratur panjang kat libry tu baru boleh pinjam ni. penting tauu". Sambil menunjukkan tiga buah buku rujukan itu.
       "Okey tak pe syg,  bie faham. Cepatlah masuk" Spontan Im menjawab.
 "Cupp..syg yang tu sapa? Member u eak?." sambil memuncungkan mulutnya.
       "Oh ye tak ye, ni lah member baru i kat kolej ni. Member terbaik i selepas Rozie.U ingat kan yang i pernah story hari tu? girl ni lah, nama dia Maya. Terlupa nak kenalkan tadi". Risya memperkenalkan rakannya itu kepada buah hatinya.
      " Haa..maya ni lah bf aku."
" Amacam handsome tak boyfriend aku?". Sambil berbisik ketelinga rakannya itu.
" Handsome giler, Kalau aku dapat ngorat mamat macam ni untunglah aku".  Maya membalas bisikan itu sambil tersenyum.
Terhambur jugak gelak tawa mereka berdua.
Sejak perkenalan itu, sikap Imran mula berubah. Tiada lagi kemesraan dalam hubungan mereka, malah sering bertekak. Pantang silap sikit pasti akan menjadi isu besar.
    Lamunannya terhenti di situ. Kedengaran laungan Azan berkumandang, menandakan masuk waktu zohor, barulah dia tersedar akan kealfaannya yang seolah-olah menyalahkan ketentuan takdir. "Hambamu ini lalai Ya Allah" terpancul ayat itu dari mulutnya yang mongel. Berhati-hati dia membuka pintu biliknya itu, risau kalau-kalau rakannya menyerang tiba-tiba dan bertanya soalan demi soalan. Nampaknya nasib menyebelahi dirinya, ternyata rakannya tiada di ruang tamu. "keluar agaknya". Sempat juga dia bermonolog sendirian. Dia mengatur kembali langkah kakinya menuju ke bilik air. Perlahan-lahan dia mencuci wajahnya dengan kedua belah tangannya. Kulit wajahnya yang putih dan halus umpama kulit telur itu diusapnya berkali-kali.

****************
Agak lama juga dia berteleku di atas sejadah itu, dia bermohon kepada yang Maha Esa agar memberikannya kekuatan. Perlahan-lahan dia membuka  telekung dari tubuhnya, dilipat ala kadar lalu diletakkannya di atas meja. Langsir dikuaknya ke tepi untuk memberi ruang angin memasuki ruang biliknya. Mujur hari ini cuti sem baru bermula, sekurang-kurangnya bolehlah jua dia menenangkan fikiran. Kenangan manisnya bersama Imran kembali lagi, kini menari-nari di bola matanya. 
"Bunga ros putih ni khas buat ratu hati bie 'Risya', terimalah ini sebagai sucinya cinta kita.
Begitu terharu Risya dengan kejutan yang dibuat oleh kekasih hatinya itu. 
"Wah romantiknya u, tempat ni pun i suka sgt. Patut bie suruh anje tutup mata. Nakal tau....Thank so much  my dear".(wuekk...aq pla y nak t'muntah doh).
Suasana malam yang penuh romantik itu, dirancang dengan teliti oleh Imran. Taburan bunga ros di atas lantai, serta nyalaan lilin yang mengelilingi mereka cukup memberikan suasana yang sangat romantik
Imran merenung dalam mata sang kekasihnya. Pandangan mata bertemu, senyuman dibibir terus terkuntum. 
Betapa bahagia hatinya pada ketika itu. Namun semuanya telah berakhir...mengalir lagi air matanya entah untuk ke berapa kalinya pantas dikesatnya. Renungan matanya dilontarkan ke luar halaman. Kelihatan mekarnya kuntuman bunga ros itu yang diletakkannya didalam pasu, semuanya adalah hasil dari rawatannya selama ini. "Huhhhh!" dia mendengus kasar.

****************
Di luar beranda kedengaran bunyi tapak kasut yang semakin menghampiri pintu rumah sewanya bersama rakannya Rozie. Kedengaran suara seseorang memberi salam "Assalamualaikum...Ah balik-balik terus jumpa jugak budak ni..Alhamdulillah akhirnya kau keluar juga beb, apa masalah kau ni? hah ni kalau tak sebab pakwe tak lain ni. Aku dah agaklah kalau muka kau dah macam ayam berak kapur ni. Cini kau ceta".
"Waalaikumsalam.". jawabku ringkas. Malas nak melayan rakannya itu, kalau dok layan sampai ke subuh pun tak habislah jawabnya. 
"Oh boleh cakap rupanya ingat dah bisu". seloroh rakannya lagi.
Hanya satu jelingan tajam dihadiahkan buat Rozie. Rozie mula menggaru kepalanya yang sememangnya tidak gatal itu berulang kali. Raut wajahnya mula berubah. Takut agaknya dengan tingkah laku yang ditunjukkan olehnya.
"Haa..tau kau kecut". Cetusku didalam hati. Sedikit tercuit hatinya dengan tingkah laku rakannya yang cool, agak kelakar dan ceria itu.
"Alaa beb kau jangan buat aku macam ni. Sini kita pekena dengan Mee Bandung yang aku terbangkan khas dari Jakarta, masih hot ni, aku beli dua bungkus tadi. Jom makan". Dengan sengihnya yang menampakkan gigi itu.
      Akhirnya habis jugak mee yang dibeli oleh rozie itu dibedal. Terlupa seketika masalah yang dihadapi. Lapar sangat. Apa tak laparnya dari semalam, siang tadi tak makan, malam ni baru nak jamah makanan.Tak terasa sungguh.

***************

        "Cepatlah jalan beb, terkedek-kedek pula kau hari ni. Apa hal kau ni Sya?". Bebel Rozie
        "Iyelah ni, dah cepatlah ni."jawabku spontan.
Hari ini aku dan Rozie keluar untuk menghilangkan tekanan yang ku alami. Kami melangkahkan kaki ini untuk mengunjungi kompleks membeli belah iaitu kompleks membeli-belah yang sering dikunjungi orang ramai."Shopholic Mall".
Fikiranku sebenarnya menerawang jauh.Walaupun ke mana aku pergi fikiranku masih kusut.Inilah bahana putus cinta agaknya. Masih jelas lagi terbayang betapa emosinya Rozie mendengar cerita yang menimpa diriku beberapa hari lalu semasa aku menceritakan masalah yang ku hadapi. Marah betul dia dengan Imran. Rozie merupakan sahabat baik ku, kami berkenalan sejak sekolah rendah lagi. Malah kami tinggal sekampung.Sejak kecil kami tidak pernah bertengkar.Aku amat mengenali sikapnya dan dia jua sangat mengetahui perangaiku. Kami ibarat isi dan kuku, sudah umpama adik-berdik. Sejak ibubapaku meninggal dunia keluarganya yang mengambil alih untuk menjagaku. Aku sangat beruntung kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
          Rozie mengoyang2x bahuku. Lamunanku mati, tersentak sungguh rasanya... 
"Beb kau tengok tu tak silap aku tu Imran kan?? Bukan main happy lagi dia dok berkepit dengan minah tu".Sambil menudingkan jarinya ke arah suatu sudut.
"Dah jumpalah jawapan yang kau cari selama ni. Sebab tu dia nak putus sangat dengan kau Sya".  Dengan nada penuh kebencian Rozie menghabiskan ayatnya.
" Betullah tu Imran. Sampai betul hati dia buat aku macam ni. Rupanya selama ni dia dah main kayu tiga kat belakang aku". Dengan kasar Risya berbicara.
          Segera dia menapakkan kaki membuntuti pasangan kekasih itu. Kini Imran benar-benar berada dihadapannya. Mereka tidak sedar akan kehadirannya. 
"Sakit hati betul aku tengok kemesraan mereka ni".ngomel Risya sendirian.
 "Im". serkahnya sekuat hati. Rozie juga sudah berada disebelahnya. 
Mereka yang terkejut akan kehadiranku segera berpaling ke belakang dan memandang tepat ke wajahnya.
Dengan wajah pucat lesi, Imran mengatur kata."Risya...emm..Sya..Im..."
 Pangggggggggggggggg.........satu tamparan hebat milik risya hinggap ke pipi Imran. 
"Patutlah Im tiba-tiba nak break up dengan Sya. Sekarang barulah Sya sedar yang Im ni bukanlah lelaki yang baik. Sya bersyukur kerana nampak sikap Im yang sebenarnya sebelum Sya terpedaya kahwin dgn u Im. Sya benci Im. Im tak layak berada di'hati Sya".Laju sahaja dia menempiaskan amarahnya yang selama ini dipendamnya kepada lelaki yang telah mempermainkan dirinya. Dia terus berlalu pergi tanpa menoleh sekali pun ke belakang. Menitis air matanya sekali lagi, dan mungkin ini adalah kali terakhir dia perlu menangisi lelaki sepertinya. Lelaki itu terpinga-pinga bersama kebencian yang ditinggalkan Risya untuknya. Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya. Genggaman erat tangannya bersama wanita itu terlerai. wanita itu memandang wajah lelaki tadi.Lelaki itu berbicara "Maya, memang I tak layak berada dalam hati Wanita sesempurna Risya". Perlahan sahaja ayat itu keluar dari mulutnya.
 
************
Beberapa minggu kemudian.......
                   


    from: Hubby
 
  Sya, sebenarnya Im ada hal nak bgtaw Sya. Important sgt..Im dah nak break up dengan Sya. I hope U dapat terima semua ni dengan hati terbuka yea. Jangan hubungi @ ganggu hidup Im lagi selepas ni. Anggap saja yang kita memang x ada jodoh untuk hidup bersama.Im pun x tahu dimana silapnya, mungkin sya y x pndai nak jaga hati Im.Oklah Sya sampai sini sja hubungan kita.Ni sms terakhir  y Im sent buat Sya.Carilah pengganti Im .Wasalam.



Selesai sahaja baris terakhir dibaca, dengan segera dia menekan punat untuk 'delete' bagi mesej terakhir Im yang masih menjadi penghuni peti pesanan dalam telefon bimbitnya.....
"Selamat Tinggal Im". Risya berbicara dengan hembusan nafas lega .




_Tamat_
   


Peringatan: 
Jika anda mengalami tragedi Putus Cinta seharusnya kita lebih tabah,
Sentiasa mengingati Allah, jangan mencari jalan mudah untuk mengakhiri menderitaan itu.
Ingat tau bagi pasangan yang sedang putus bercinta. 
SAYANGI ZAMAN MUDA KITA!
        

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


Thanks for reading