♡Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♡
❀❀❀ BeLog MeRaH JamBu ❀❀❀

Search Here !
Nak Cari Apa ?


Banner !
My Banner


create your own banner at mybannermaker.com!
Belog Merah Jambu
Owner !
HeLLo ! Good days to you


♥ Welcome to my belog ♥ "Merah Jambu" ☻ Happy acquainted with you all. Thank you for your willingness to visit. Enjoy!!!

Status : I'am Online Now


Tagboard !
Footprints here


Follower !
Jantung Hati Saya


Link !

Find Me Here


L
My Blog:
Y
My Skype:
N
My Twitter :
D
My Facebook:
A




google.com (gambar hiasan)

Cuba berkongsi minda kepada teman-teman semua mengenai kisah seram.

"Aku Berkarya, Anda Just Komen"

Maaf seandainya masih kurang pengisian, jalan cerita dan ending cerita yang kurang menarik.
Apa-apa pun Thanks for reading.

Tajuk  :   Misteri Rumah Itu


**********************

Dari jauh kelihatan seorang gadis tengah sibuk meneliti sekeping kertas. Dengan keadaannya yang agak sarat memikul bagasi itu, dia cuba melilaukan pandangan matanya melihat keadaan sekeliling. Seoleh-oleh dia mencari seseorang. Kini, dia berada betul-betul di hadapan pintu rumah itu. Sambil mengetuk pintu, dia mula bersuara.

"Assalammualaikum". Gadis itu memberi salam.

Bukan hanya sekali, malah dia sudah mengulanginya hampir melebihi tiga kali.
Malangnya, salamnya tidak bersahut. Perasaan hairan mula menerjah dirinya. Diketap bibirnya yang agak nipis itu sehabis hati, dia mengerutkan dahi menandakan fikirannya mula berserabut.

"Aii...tengok kat alamat ni dah betul dah, nielah rumah tu".Nina bermonolog sendirian.

Dia memanjangkan lehernya, mencuri pandang melalui ruang tingkap, mana tahu kalau-kalau ada seseorang yang boleh membantunya pada ketika itu. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar, namun nasibnya tetap malang memandangkan signal liputan tiada di kawasan itu.

"Huh..malang betullah nasib aku. Tak lama lagi dah nak maghrib ni". Nina berbicara lagi, sambil merenung jam di tangannya.

Nina cuba memandang keadaan sekeliling yang agak sunyi itu dengan hati yang gelisah.

"Mana teksi susah nak masuk kat kawasan kampung ni lagi, tadi pun dok pusing-pusing pak cik teksi tu untuk cari alamat ni". Dia mula merungut.

Rumah itu dikelilingi dengan semak samun yang tumbuh meliar, juga terpisah jauh dari kawasan perumahan yang lain. Nina melabuhkan punggungnya di atas anak tangga yang berada di beranda rumah itu sambil cuba menghubungi rakannya. Namun usahanya tetap gagal.
    Rumah batu yang agak mewah itu telah ditawarkan kepadanya dengan harga sewa yang sangat murah oleh rakannya. Nina menerimanya dengan hati yang gembira memandangkan dia sangat memerlukan sebuah rumah sewa yang berhampiran dengan tempatnya bekerja nanti. Nina baru sahaja mendapatkan surat tawaran bekerja di desa yang agak terpencil itu memandangkan dia akan mula bertugas empat hari lagi sebagai seorang guru di kampung itu. Menjadi seorang pendidik adalah cita-citanya sejak kecil. Sedang dia asyik mengelamun, dia dikejutkan dengan satu suara seorang wanita tua dari arah belakang. Terperanjat sungguh dia dengan kehadiran mak cik tua itu lalu segera dia berdiri dan menoleh ke arah suara itu.
"Maafkan mak mah sebab mengejutkan anak". Wanita tua itu mengatur kata.
Penampilan orang kampung jelas terserlah dengan baju kurung yang lusuh dipadankan pula dengan kain batik yang tersarung di tubuh mak cik itu. Rambutnya yang sudah mula memutih disimpul satu.
"Mak cik ni siapa?". Aku segera mengajukan persoalan itu.
Mak cik itu memperkenalkan dirinya sebagai penjaga rumah yang ditugaskan oleh pemilik rumah besar itu., sambil cuba membuka kunci tombol pintu itu. Aku pantas membuntuti mak cik itu, hatiku juga masih tertanya-tanya dengan kehadirannya yang secara tiba-tiba entah dari mana.
"Bila pula mak cik ni lalu depan aku? tup-tup dah tercegak kat belakang aku, langsung pula aku tak nampak kelibat seseorang menaiki anak tangga itu tadi". Dia mula bermonolog dalam hati.

"ah..mungkin aku yang tak perasan dengan kehadirannya tadi". Nina berusaha melupakan fikirannya yang mula merapu itu.

    Sebaik melangkahkan kaki ke dalam rumah itu, aku benar-benar kagum dengan susunatur perabot di ruang tamu utama rumah itu yang tersusun rapi dan mewah. Semuanya nampak kemas dan mahal. Aku cuba mengekori wanita tadi terus menaiki anak tangga yang agam di tengah ruang rumah itu. Wanita tadi menunjukkan sebuah bilik untukku dan jarak bilik kepunyaannya pula hanya selang sebuah bilik. Wanita itu menerangkan aku satu-persatu ruang yang berada di rumah itu. Yang benar-benar membuatkan aku bertambah hairan adalah penghuninya hanya aku dengan wanita itu, kerana menurutnya ramai orang bandar atau orang luar tidak mahu tinggal dan menyewa rumah itu, memandangkan rumah itu tidak mempunyai kemudahan telefon dan juga tidak mempunyai sumber hiburan seperti radio dan televisyen. Malah, aku juga sebenarnya turut terkejut apabila mengetahui kenyataan itu, tetapi bertindak hanya mendiamkan diri bagi menjaga hati wanita tua itu. Wanita itu menggelarkan dirinya dengan panggilan "Mak Mah".
     Malam ni, malam pertama aku tinggal di sini, aku merasakan diriku sangat asing berada di dalam rumah semewah itu. Awalnya aku tertanya-tanya juga, mengapa pemilik rumah itu hanya mengenakan bayaran bulanan sebanyak Rm200. Namun, aku abaikan sahaja perasaan itu memandangkan mungkin pemilik rumah itu tidak bertujuan untuk mengambil keuntungan, boleh jadi juga pemilik itu tidak mahu rumahnya ditinggalkan kosong dan reput dimakan anai-anai tanpa penjagaan yang khusus. Selesai sahaja makan, aku pun meminta kebenaran untuk masuk tidur memandangkan seluruh badanku mula menunjukkan kesan regangan sendi badan akibat terlalu lama mengangkat bagasi tadi ke hulu-hilir sejak dia mula bertolak dari rumah ayah dan ibunya pagi itu. Hujan mula turun membasahi permukaan bumi dapat membantu Nina terus melelapkan matanya pada malam itu. Tiba-tiba Nina terjaga dari lenanya kerana udara di dalam biliknya sudah semakin dingin.

"ee..ee sejuk pula udara kat bilik ni, hujan masih belum berhenti agaknya. Tetiba pula mengada nak terkucil masa-masa macam ni". Nina berbisik sendirian.

"Nyeettt....tttt..."
Permukaan daun pintu itu dikuak perlahan olehnya. Cahaya lampu yang samar-samar itu berjaya memasuki ruang biliknya. Semasa melangkah keluar bilik. Sempat juga dia menjeling jam di sudut ruang tamu rumah itu, jarum jam menunjukkan tepat jam 2.15 am. Langkah terus diatur setapak demi setapak menuju  arah tandas yang berada bersebelahan dengan bilik mak Mah. Setelah selesai urusan, Nina pantas mengorak langkah menuju ke biliknya. Sapppp.....tiba- tiba bayangan lembaga lalu di hadapan matanya sepantas kilat. Nina benar-benar terkejut. Hatinya mula berdebar kencang. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Nina mempercepatkan langkah kakinya. Semasa menapakkan kaki lalu di hadapan bilik kosong yang berada di perantaraan antara ruang biliknya dengan ruang bilik mak Mah, tiba-tiba telinga Nina terdengar bunyi pelik yang datang dari arah bilik mak Mah. Bunyinya seakan-akan bunyi suara ketawa yang menyeramkan, bulu roma ku mula meremang sehingga ke kepala. Dengan pantas aku berlari masuk ke dalam bilikku. Di dalam bilik, aku cuba memejamkan mata. Mulutku terus terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci yang terlintas di benakku. Aku benar-benar menggigil ketakutan. Kedengaran bunyi ketukan yang sangat kuat menghempas permukaan pintu bilikku, malah bunyi itu turut diselangi dengan bunyi tombol pintu digegar. Aku sangat takut untuk melihat keadaan sekeliling, ku tutup mataku dengan bantal. Setelah beberapa saat berlalu, bunyi bising itu mula berhenti. Aku menarik nafas lega Aku cuba menggagahkan diri berdiri menghampiri pintu itu, debaran jantungku semakin kencang. Ku cuba membuka tombol pintu itu dengan seluruh kekuatanku, tetapi belum sempat ku memutar tombol pintu itu, terlebih dahulu pintu itu terbuka luas. Aku terkejut lalu berundur beberapa tapak ke belakang, di hadapan mataku kini terjelma satu bayangan dengan susuk tubuh yang tidak aku kenali. Susuk tubuh itu semakin menghampiri aku. Aku dapat melihat jelas raut wajah mak Mah yang cuba menghampiri aku melalui cahaya bulan yang agak terang memasuki ruang bilik itu. Wajah mak Mah tidak seperti yang aku lihat petang tadi, kini wajahnya pucat lesi, pandangan matanya yang merah bak buah saga juga amat menakutkan. Bajunya tidak seperti tadi, ianya buruk dan comot, bau busuk yang amat sangat menusuk masuk ke lubang hidungku. Aku mengungkapkan kalimat Allah,
"Allah Hu Akbar"
Hilang bayangan mak Mah serta-merta. Aku terus berlari menuruni anak tangga itu. Yang lebih mengejutkan aku ialah apabila keadaan rumah itu sudah berubah seratus peratus dari yang ku lihat sebelum ini, bukan sahaja gelap malah ruangan rumah itu kosong dan usang. Aku cuba membuka tombol pintu rumah utama itu tetapi tidak berjaya, malah bayangan mak Mah kembali lagi dan kali ini sudah semakin hampir, wajah wanita tua itu sangat mengerikan, dengan rambutnya yang mengerbang dan taringnya yang panjang itu. Aku menjerit sekuat hati dan.....pap....aku terjatuh, kakiku menjadi lemah..pandangan mataku gelap....
         Apabila aku membuka mata, aku melihat ibu,ayah dan juga Tania merangkap sahabat karibku sudah berada di sebelahku. Aku hairan dan mengajukan ibuku persoalan demi persoalan. Aku benar-benar tidak menyangka yang aku masih diberikan kesempatan untuk melihat kembali sinar mentari dan aku bersyukur kerna masih diberikan peluang untuk terus bernafas di BumiNya yang fana ini. Tania menceritakan kisah yang berlaku kepadaku. Ternyata orang kampung telah membantuku dan mereka juga yang menjumpai aku terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan luar kawasan rumah besar itu, semasa mereka dalam perjalanan pergi ke pekan untuk berniaga pada pagi itu. Menurut orang kampung, ternyata rumah itu sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni. Penduduk kampung juga menggelarkan rumah itu sebagai rumah puaka, kerana mereka juga sering diganggu dan terserempak benda-benda ghaib di kawasan rumah itu. Kini aku dimasukkan di dalam wad sehingga keadaanku kembali stabil. Tania juga memohon maaf kepadaku kerana kecuaiannya yang memberikan ku alamat yang salah sehingga membahayakan keselamatanku, dan aku sudah bersedia untuk memaafkannya.
     Fikiranku terus ligat mengingati kejadian petang  itu berulang kali, mujurlah lembaga itu tidak mengapa-apakan dirinya. Nina benar-benar tertanya-tanya akan kewujudan benda-benda ghaib yang dia sendiri tidak pernah terfikir sebelum ini.
"Siapakah Mak Mah yang aku temui petang itu? kenapa dia menggangu penduduk kampung dan juga aku antaranya?". Nina terus-menerus mengajukan persoalan kepada dirinya, walaupun hakikatnya dia sendiri gagal untuk  mengungkap teka-teki itu.
Kenangan itu adalah antara kenangan pahit yang tidak dapat dilupakannya sampai bila-bila....

 <<<<<SEKIAN>>>>>

yang berkarya:

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


Thanks for reading