♡Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♡
❀❀❀ BeLog MeRaH JamBu ❀❀❀

Search Here !
Nak Cari Apa ?


Banner !
My Banner


create your own banner at mybannermaker.com!
Belog Merah Jambu
Owner !
HeLLo ! Good days to you


♥ Welcome to my belog ♥ "Merah Jambu" ☻ Happy acquainted with you all. Thank you for your willingness to visit. Enjoy!!!

Status : I'am Online Now


Tagboard !
Footprints here


Follower !
Jantung Hati Saya


Link !

Find Me Here


L
My Blog:
Y
My Skype:
N
My Twitter :
D
My Facebook:
A



google.com


                                                         



"Aku Berkarya, Anda Just Komen"

Maaf seandainya masih kurang pengisian, jalan cerita dan ending cerita yang kurang menarik.
Apa-apa pun Thanks for reading.


TAJUK : AKU IBARAT SEEKOR ARNAB????



Salam semua...
Sebenarnya banyak entri yang mahu dikongsi tetapi rasanya entri ini yang menjadi pilihan hati untuk Lyn post hari ini... so semoga terhibur dan jadikannya sebagai pengajaran kepada Kaum LELAKI ..
        Aku adalah seekor arnab  buluku putih dan cantik..Aku comel sejak dilahirkan. Sejak kecil lagi aku tidak pernah ketemu ibuku. Aku dijaga rapi oleh tuanku dan tuanku itu merangkap penjual kaum kerabatku. Setiap hujung minggu aku bersama-sama rakanku yang lain diperagakan di dalam sangkar. Kami dipamerkan kepada manusia yang lalu-lalang..Suatu hari aku telah berjaya dijual dengan harga yang telah dijanjikan. Sejak hari itu aku terpisah daripada rakan-rakanku yang lain. Kini aku sudah punya tuan yang baru. Pada  awal aku dirawat olehnya, tuanku amat memanjakan diri aku, hampir setiap hari buluku diusap lembut. Aku sayang tuan baru aku. Namaku yang diberikan adalah "puteh". Saban hari aku dijaga rapi, aku dimandikan, buluku disikat kemas.Aku bahagia sekarang... Namun, lama-kelamaan tuanku mula berubah. Aku sudah tidak dihiraukan lagi, aku dibiarkan terkurung di dalam sangkar, aku dilayan endah tak endah, malah kebersihanku jugak tidak dijaga lagi. Aku jadi bosan, sepi, dan rindu saat-saat dahulunya. Kenapa kini tuanku sudah berubah, Aku diletakkan di luar rumah. Bila hujan lebat, habis buluku basah..Aku kesejukkan... Suatu hari aku duduk termenung memandang tuanku yang sibuk bermain dengan dunianya. Aku cuba mengambil perhatian agar dia datang dan memanjakan aku lagi...tapi malangnya tuanku langsung tidak menghiraukan aku. Kalau dia memperlakukan aku seperti itu kenapa perlu membeliku, memberikanku harapan, malangnya semuanya adalah palsu semata-mata.....kini aku tiada siapa-siapa....aku kesunyian saban hari..
     Pada  suatu malam kedengaran bunyi nyalakkan sang anjing yang sangat kuat. Aku mula menggeletar ketakutan, Sang anjing itu semakin menghampiriku...Dia cuba mencakar-cakar sangkarku...Aku melompat-lompat, malangnya ajalku kini sudah tiba.......Tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan aku...Yang ada kini hanyalah bulu dan tulang-temulangku yang berselerak di sana sini...itulah jua ibaratnya Aku Lyly....
    Aku Lyly, aku ada mempunyai seorang teman lelaki . kami dah lama terjalin..dia adalah seorang yang baik hati di mata aku, mempunyai karakter yang agak cool, sangat pemalu, penyabar , penyayang kot tapi biasalah manusia mana ada yang sempurna pasti ada jugak kekurangannya..jom kita bongkar kisah  aku ini..Kami memang dah lama ber.. Bertahun-tahun jugaklah, tapi selama kami ber..Aku ibarat terkurung dalam  yang diberikannya buat aku. Dulunya dia selalu ada masa buat aku. aku dijanjikan bermacam-macam jenis janji yang manis. Hampir setiap hari pasti ada sahaja pesanan ringkas(sms) buat aku. Kadang-kadang dia menghubungi aku melalui panggilan telefon. Dia memang sayang aku, dan aku pun sayangkan dirinya. Oleh kerana sifat pemalunya jugaklah hubungan kami mula goyang. Sifatnya itulah yang memakan dirinya. Dia terpaksa menyembunyikan kewujudan aku dalam hidupnya, dia merahsiakan aku dari orang-orang yang hampir dengannya. Hatiku benar-benar terluka dengan sikap egonya dia. Dan sudah kerap kalinya jugak aku cuba membincangkan hal yang sama namun jawapan dan sikapnya tetap sama, malah tak pernah berubah... Kini aku terkurung dalam dunianya...aku sedih saban hari. Dia langsung tidak mahu berubah malah, dia minta supaya aku memahami dirinya..Dia tidak mahu kerap menghubungiku melalui panggilan kerana bimbang jika perbualannya didengar oleh salah seorang ahli keluarganya...Oh...memang dia sangat EGO! Kenapa perlu begini sikapnya, Kenapa perlu menjadikan aku kekasihnya, sedangkan dia tidak mahu menjaga hatiku, tidak cuba memahami diri aku, dan tidak pernah mahu menghargai kehadiran aku, kami jarang berjumpa, jarang berhubung, malah dia sibuk dengan dunianya.. Yang lebih menyakitkan apabila dia banyak menghabiskan masanya untuk online hampir saban hari, sedangkan aku menunggu dia untuk menghubungi aku! aku bosan, sunyi, malah aku sangat setia padanya. Aku rindukan  dirinya, tapi kenapa dia tidak pernah langsung cuba memahami aku??? aku tak tahu apa salah aku sampai dia hukum aku macam ni??? aku benar-benar terasa diri aku tak pernah dihargai....pengorbanan aku tak pernah pun dipandang....Aku tunggu dia berjam-jam lamanya malam tu tapi kenapa dia tak respon aku pun, malah dia terlalu sibuk melihat youtube yang entah apa-apa tu! endingnya dia off hp dan tertidur....! Esoknya dia minta maaf dengan aku tapi buat apa semua itu sedangkan dia tidak sedar sudah terlalu banyak...banyak...banyak...dia minta maaf benda yang sama dan ulang.....ulang......ulang......kesalahan yang sama....tapi malangnya aku adalah seorang manusia, aku jugak bukannya sesempurna mana yang boleh asyik @ mahu diperbodohkan dan maafkan sahaja kesalahannya kali ini....Maafkan aku seandainya aku terkasar bahasa buat dia yang entah untuk ke berapa kalinya tapi semua itu seharusnya dia cermin dirinya dulu, baru dia boleh salahkan diri aku seratus peratus...! 
      Suatu hari aku cuba berlari menyeberangi jalan, masa tu hujan lebat.....Tanpa menoleh kiri dan kanan....aku terus sahaja berlari melintas jalan itu...Malangnya.....Bammmmm........

dalam pandangan yang samar-samar aku melihat orang ramai cuba berkerumun menghampiri tubuh aku....setitis air jernih mengalir di pipiku....saat itu tubuhku sudah lemah dan pandangan mataku mula kabur, gelap dan aku kini sudah jauhhhhh..........dari dirinya...Selamat Tinggal Sang Kekasih....Ingatlah bahawa aku akan selalu merindui dirimu.......


<3Happy Valentine Day Bagi Yang Meraikannya<3

<<<<TAMAT>>>>
    

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


Thanks for reading