♡Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♡
❀❀❀ BeLog MeRaH JamBu ❀❀❀

Search Here !
Nak Cari Apa ?


Banner !
My Banner


create your own banner at mybannermaker.com!
Belog Merah Jambu
Owner !
HeLLo ! Good days to you


♥ Welcome to my belog ♥ "Merah Jambu" ☻ Happy acquainted with you all. Thank you for your willingness to visit. Enjoy!!!

Status : I'am Online Now


Tagboard !
Footprints here


Follower !
Jantung Hati Saya


Link !

Find Me Here


L
My Blog:
Y
My Skype:
N
My Twitter :
D
My Facebook:
A






"Aku Berkarya, Anda Just Komen"

Maaf seandainya masih kurang pengisian, jalan cerita dan ending cerita yang kurang menarik.
Apa-apa pun Thanks for reading.

Tajuk :    Setabah Dia

Malam ini, adalah malam pertama aku berjauhan dengan ibuku di kampung. Asingnya diri ini tinggal di rumah yang semewah itu. Kini, aku sudah sah menjadi isterinya. Aku sedar sepatutnya aku tidak pantas untuk berada di dalam bilik sebesar itu, lebih-lebih lagi bersama dengan dia insan yang tidak setaraf dan layak untuk menjadi suamiku. Terlalu tinggi jurang pemisah antara kami berdua. Benar kata orang cinta itu buta, tidak kira bangsa, harta ataupun rupa. Pernikahan kami termetrai juga bukan atas kerelaan hati kami, malah, semuanya telah dirancang dan diatur dengan teliti oleh kedua orang tua kami. Ku labuhkan punggungku di birai katil, pandangan mata ku, aku alihkan ke bawah sambil memerhatikan hujung ibu jari kakiku yang sibuk  menyelak permaidani yang bagi andaian kasarku mungkin diperbuat daripada bulu kambing biri-biri, disebabkan bulunya yang sangat lembut. Tengah asyik aku melayan perasaan, tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki yang  memiliki kulit yang cerah, bertubuh sasa , dan mempunyai wajah yang tampan itu memasuki tirai pintu yang sejak tadi terbuka luas. Dengan raut wajahnya yang kelat, dia menutup pintu itu. Aku hanya menjadi pemerhati. Selangkah demi selangkah dia menghampiriku. Terkejut aku apabila dia tiba-tiba bersuara...

"Ee..kampung, kau sedar tak yang kau ni memang tak layak menjadi pendamping hidup aku? Dan buat pengetahuan kau, kau jangan nak perasaan yea aku akan terliur tengok kau nie! Hemm...simpang malaikat 44 aku nak ada zuriat dengan budak tak sedar diri macam kau ni". Dia menghabiskan ayatnya dengan nada suara yang meninggi.

Aku benar-benar terkejut sehingga macam tu sekali dia menghina diriku. Namun tidak sepatah pun aku menjawab, kini dia adalah suamiku yang sah. Aku tidak boleh melawan, jauh sekali mahu mengingkari kata-katanya. Masih jelas ternyiyang-nyiyang pesanan ibu beberapa bulan yang lalu, 'bila Mira sudah berkahwin nanti ingat..syurga Mira bukan lagi di bawah telapak kaki ibu ni..tapi di bawah tapak kaki suami Mira nanti'. Sedang asyik aku berkhayal, tiba-tiba aku disergah lagi dengan suara garau miliknya..

"Heiiii...kampung....kau bisu ke? aku dari tadi dok tercegak kat sini, dia buat tak reti pula. Listen to me!! Stand up!! you tak layak duduk kat katil aku ni, dasar orang kampung. Aku sendiri pun tak faham kenapa parents i kemeruk sangat nak jadikan you menantu mereka. Haa...Not my test!".

Terkebil-kebil aku dengan ejekan demi ejekan yang dia lemparkan. Lantas aku berdiri dan melangkah beberapa tapak ke hadapan. Tidak sampai dua tapak aku melangkah, tiba-tiba bantal melayang tepat mengenai kepalaku.

"Ha...ambil bantal tu, jijik aku dengan kau..kampungan macam kau memang layak tidur kat lantai. Haa..kat situ". Sambil menudingkan jarinya ke arah suatu sudut yang berhampiran dengan bilik air.
Aku capai bantal itu lalu beredar ke arah yang dimaksudkan. Malam tu, aku tidur bertemankan air mata. Betapa hancurnya hatiku diperlakukan sebegitu rupa oleh suamiku sendiri. Kebahagiaan yang aku dambakan sebelum ini musnah...Azril merupakan anak kepada majikan ayahku, iaitu Datuk Syed Harun Bin Syed Hasyim seorang usahawan yang berjaya. Malah cawangan perniagaannya juga sampai ke peringkat luar negara. Ayahku hanya bekerja sebagai seorang pemandu kepada Datuk Harun, selama lebih 20 tahun ayahku berkhidmat kepada keluarga mereka. Azril merupakan seorang pemuda yang  sombong, sosial, nakal dan suka berfoya-foya dengan ramai wanita. Dia baru sahaja menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat selama lebih 5 tahun, dia hidup bertahun-tahun merantau di negara orang, oleh kerana  itulah sikapnya terikut-ikut seperti orang barat, dan kerna itu jugalah keluarganya berhasrat menyatukan kami berdua kerana bimbang jika perangai anak tunggalnya semakin menjadi-jadi. Dengan pernikahan ini mungkin dia akan berubah ke arah yang lebih matang dan boleh fokus untuk mengambil alih perniagaan ayahnya kelak.Keluarga Datuk dan Datin sangat disanjungi disebabkan sikap mereka yang baik hati, dermawan dan juga sangat menyayangi aku. Memandangkan mereka tidak mempunyai anak perempuan, sejak kecil mereka selalu memanjakan aku. Menghadiahkan aku baju, barbie doll dan mereka sudah menganggapku seperti anak mereka sendiri. Malangnya, anak kandung mereka pula yang telah hanyut dan membesar menjadi seorang yang sangat angkuh dan degil. Datuk dan Datin amat kesal akan perubahan yang berlaku terhadap anak tungggal mereka, iaitu bakal menjadi pewaris seluruh harta mereka. Sebab itulah ibunya tidak setuju Azril berkahwin dengan wanita pilihan hatinya itu, kerana bimbang jika perempuan itu hanya ingin mengambil kesempatan terhadap anak kesayangan mereka.
 ******************************
Selesai saja solat subuh, segera aku mengorak langkah untuk turun ke dapur, semasa aku melalui ruangannya sempat juga aku menoleh ke arahnya, aku melihat dia tengah tidur nyenyak di atas balairung katilnya yang empuk itu. Tidak juga aku berani untuk mengejutkannya. Apalagi mahu mengajaknya untuk solat berjemaah. Aku menuruni satu demi satu anak tangga yang diperbuat seratus peratus menggunakan batu marmar yang berharga jutaan ringgit itu. Setiba saja di dapur dengan pantas Mira memasak hidangan kegemarannya iaitu ikan tenggiri masak lemok chili api, Mira juga turut menyediakan nasi goreng kampung yang terlaris dan sering menjadi pujian orang-orang kampung mereka iaitu Kg. Sri Menanti, di kampung mereka  ibu Mira adalah seorang perniaga warung kecil-kecilan. Mira adalah seorang anak yang baik, rajin, penyayang dan sering membantu ibunya berniaga. Di kampungnya Mira sangat disenangi orang ramai memandangkan sikapnya yang peramah dan ringan tulang.
      Setelah siap memasak. Mira menghidang semua resepi itu dan menyusunnya di atas meja. Mira sengaja awal menyediakannya sebelum semua orang bangun pada pagi itu.Memandangkan semua pembantu rumah Datuk masih bercuti selepas tamat melangsungkan majlis perkahwinan Mira dan Azril. Mira tersenyum puas kerana semua hidangannya sudah lengkap. Tengah asyik Mira menuang air ke dalam cawan Mira terdengar suara Datuk dan Datin, iaitu merangkap mentuanya.

"emm..wanginya bau, sampai kat atas kami terhidu. Mira yang sediakan semua ni yea? Mesti sedap Mira masak?". Lembut sahaja Datin Fatimah Mansor mengatur ayat itu dan menembusi ruangan telinga Mira.
"Iye Ma. Aaa....kalau nak tau sedap ke tak Mira masak jemputlah makan breakfast sama-sama Mama, Papa".Balas Mira mesra.

"Aiii....kata pengantin baru, suaminya mana?" Giliran Datuk pula berbicara.

"Masa Mira nak turun tadi, abang Azril masih tidur lagi Pa".Aku menjawab pertanyaan Datuk dengan nada yang teragak-agak.

"Pergilah Mira kejutkan Azril tu, dia tu memang liat sangat nak bangun pagi. Tak berubah-ubah juga perangai anak awak ni walaupun dah beristeri. Sambil memandang wajah suaminya..Ish..ish..Azril..Azril...." Datin Fatimah mula membebel.
      Dengan penuh debar aku cuba mengejutkan Azril yang tengah asyik melayari mimpi indahnya. Aku cuba menggoyangkan badannya memandangkan sejak tadi panggilanku tidak bersahut. Dia lantas mengulat bangun dan duduk memandangku dengan pandangan yang tajam.

"Eeee...Perempuan berani kau sentuh tubuh aku!". 

Dengan pandangan penuh  meluat, dia bangun lalu terus menuju ke bilik air. Tinggallah aku terkebil-kebil sendirian. Selang beberapa minit kemudian, semasa asyik kami semua menjamu selera. Tiba-tiba kelihatan kelibat Azril menuruni anak tangga.

"Oh My God!...bau apa yang menusuk lubang hidung Ril ni Mama? busuk betul, Ril tak suka okay". Dengan lantang dia meneking ibunya.

"Cukup Mohd Syed Syazril!". Datuk membidas kebiadapan Azril terhadap ibunya itu.


Aku tersentap. Benar-benar aku tidak menyangka tahap egonya terlalu meninggi mengalahkan gunung Kinabalu. Dia menghina diriku lagi. Aku yakin bau yang dia maksudkan adalah bau resepi masakan kampung yang sememangnya tak kena dengan tekak baratnya itu.

Dengan wajah yang masam mencuka Azril terus berlalu pergi. Ke mana? sesungguhnya aku sendiri juga tidak pasti.
***********************************
Pada suatu malam tengah khusyuk aku bersama dengan mama dan papa menonton televisyen,  tiba-tiba Azril menyuarakan pendapatnya untuk berpindah rumah. Kerana kononnya mahu hidup berdikari tanpa bantuan Mama dan Papanya, dia juga berjanji akan pulang setiap hujung minggu. 

"Ha..macam ni lah anak papa". Papa berkata sambil tergelak senang.
Ku pandang mama, ternyata mama juga turut mengiyakannya dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

Sejak dari itu, aku di bawa pindah ke sebuah condominium mewah yang disediakan khas untuk kami berdua. Awalnya aku gembira, mungkinkah selepas ini kehidupan kami akan berubah? Agaknya sikap dingin Azril terhadapku juga akan berubah? Mungkinkah dia sudah mula menerimaku? mula menyukaiku? atau....hakikatnya aku sendiri juga keliru. 
     Sejak awal mereka diijabkabulkan lagi hati Syamira sudah mula terpikat dan terpaut akan kekacakan suaminya sendiri, Malah Mira sudah berjanji dengan dirinya akan menjadi seorang isteri yang baik buat suaminya, Azril. Walaupun Azril membenci dirinya, malah mereka juga tidur di bilik yang berasingan. Mira tetap bersabar dengan sikap yang sering ditunjukkan Azril kepadanya.
       
Beberapa bulan kemudian..

Walaupun sekarang Azril sudah mengambil alih perniagaan papanya, namun sikap Azril tidak pernah berubah, setiap malam dia lewat balik ke rumah dan apabila sampai ke rumah pasti dia dalam keadaan mabuk. Syamira benar-benar sedih dengan sikap Azril yang tidak pernah mahu berubah itu. Siang malam Mira berdoa agar suaminya kembali ke jalan yang benar.
       Baru sahaja Mira memejamkan mata kedengaran bunyi ketukan pintu yang semakin mengganas, pantas Mira bangun membuka pintu. Keadaan Azril tetap sama, mabuk sehingga terhoyong-hayang. Melihatkan keadaan Azril seperti itu, Mira segera memapahnya sehingga ke dalam bilik tidur. Aku membaringkannya di atas katil. Ku lihat Azril tidak sedarkan diri. 

"Terlalu mabuk agaknya dia malam ni, kalau selalunya pasti dia akan memaki-hamunku". Bisik Mira.

Mira membuka perlahan sarung kaki yang tersarung di kaki Azril. Tengah asyik Mira menyudahkannya tiba-tiba tangan Azril memegang lenggannya lalu merapatkan tubuhku ke sisinya. Jantungku berdegup kencang, ku tatap wajahnya yang berubah merah akibat terlalu banyak minum. Bau alkohol itu sangat kuat, sehingga susah untuk bernafas. Lantas ku menjarakkan diri darinya, tetapi belum sempatku berbuat sedemikian Azril lebih pantas memeluk tubuhku erat di dadanya yang bidang. Akhirnya, Mira sendiri juga terlelap di dalam dakapan erat suaminya itu. 
     Semasa Mira terjaga pagi itu, didapatinya Azril sudah tiada di sisinya. Perasaan malu mula menyelubungi dirinya, apabila mengingatkan kesilapannya turut tertidur di sebelah Azril semalam. Pantas Mira berlari ke tirai pintu. Belum sempat Mira melarikan diri, Mira bertembung Azril semasa dia mahu menjegukkan kepalanya ke luar bilik. Mata berpandangan mata, tiada kata yang terucap. Aku terdiam dengan renungan matanya yang agak berlainan dari sebelum ini yang penuh dengan kebencian.

"Hey...perempuan apa yang berlaku semalam aah? Macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku? kau curi masuk yea?". Begitu kejam tuduhannya itu.

"Ta...tak". Mira cuba menafikannya.

"Habis yang kau tidur sebelah aku semalam tu?". Dia terus-menerus mendesakku.

Tanpa berkata apa-apa aku terus berlalu pergi.Tidak sanggup aku mahu mendengar tuduhannya lagi. Menitis setitik demi setitik air jernih di pipi wanita itu. Mira benar-benar malu dituduh seperti itu, tapi dia sendiri juga tiada bukti untuk menyangkal dakwaannya.
Sesampai saja dia di dalam bilik, terus sahaja dia sebamkan mukanya di atas bantal. Dia menangis semahu-mahunya.


"kenapa aku sering menjadi mangsa keadaan? Disebabkan janji ayah dengan papa, aku yang terpaksa menanggung penderitaan ini tanpa ada ibu di sisiku". Dalam nada suara yang tersendu-sedan Mira cuba bermonolog sendirian.


Fikiran Syamira mula menerawang jauh. Masih jelas lagi dalam ingatannya, secara tidak sengaja dia terdengar perbualan di antara papa,mama dengan ayah,ibu yang mahu kami disatukan sedangkan aku masih terlalu muda untuk mengalami alam berumahtangga yang penuh dengan onak dan duri ini. Umurku kini baru menjengah ke-20 tahun, sementara Azril pula sudah melonjak ke-30 tahun. Terlalu jauh jarak usia kami. Namun aku terpaksa akur dengan saranan ayah untuk menyatukan kami, menurut kata ayah aku akan bahagia jika aku dapat berkahwin dengan Azril, namun dugaan ayah melesit sama sekali, sebenarnya ayah seolah-olah menyerahkan anaknya ini ke dalam mulut buaya. Aku benar-benar rindukan ibu.
**********************************************

Di lobby syarikat yang tersohor itu, kelihatan seorang lelaki muda gagah melangkah dengan penuh yakin. Dengan penampilan segaknya memakai kemeja berwarna biru cair dipadankan pula dengan seluar slack hitam. Tali leher pula tersemat kemas sedondon dengan warna bajunya. Semua staff tunduk dan hormat kepadanya.Siapakah jejaka itu?
     Lelaki tadi pantas memasuki ruangan bilik Pengarah Urusan. Sambil mendengus kasar Azril terus melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada di tengah ruangan bilik itu. Dia duduk termenung sendirian. Apakah yang mengganggu fikirannya agaknya. Fikirannya ligat berputar. Mengenang kejadian yang terlalu pantas berlalu.

"Dia terlalu sempurna". Terpancul ayat itu dari mulut Azril.

Dia cuba mengingati kejadian pagi tadi. Semasa terbangun dari lenanya, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Mira, wanita yang amat dibencinya itu berada dalam pelukannya. Dia menatap lama wajah gadis itu. Kecantikan Mira tidak dapat disangkalnya lagi kali ini. Kulitnya yang putih melepak dan kulit wajahnya juga halus seolah-olah jerawat takut untuk menumbuhinya. Raut wajahnya yang berbentuk bujur sirih itu sangat sesuai dengan rambutnya yang panjang, lentik bulu matanya juga sudah dapat membuatkan hati lelaki akan cair bila terpandangnya. Bibirnya yang merah dan mongel itu juga benar-benar menggugat keimanannya sebagai seorang lelaki. Tapi malangnya Azril terlalu ego sehingga mengetepikan kenyataan itu. Tengah sibuk dia mengelamun tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya yang menandakan satu pesanan ringkas masuk ke peti pesanannya. Azril yakin pengirim itu bukan Syamira gadis yang dinikahinya beberapa bulan yang lalu memandangkan dia tidak pernah berbual dengan Mira melainkan tengkingan serta penghinaan yang dilemparkan, masakan pula mereka ada masa untuk berkomunikasi.Azril pantas membuka peti pesanannya lalu membaca isi kandungan pesanan ringkas itu.

From : My Baby
Dear, don't forget 
i see u tonight. Ok, See u later
Love u..Muahhh....To : My Dear 


Selesai sahaja dia membaca pesanan ringkas (sms) itu, terukir senyuman di bibirnya. Serta-merta bayangan Mira lenyap dari pandangan matanya. 
          Malam tu penampilan Shila sangat menonjol. Baju merah tanpa lengan yang sendat itu melekat pada tubuhnya dengan skirt jeans pendek separas paha.Dengan  lenggang mengadanya, dia memasuki perut kereta jenis BMW X5 series kepunyaan Azril. Azril tersenyum meleret sebaik terpandangkan penampilan Shila yang menepati cita rasanya itu. Kalau tidak kerana Shila mengizinkan Azril berkahwin dengan Mira tidak mungkin Azril mahu menikahi Syamira kerana Datuk telah menentukan syarat tersebut sebelum mengambil alih business kepunyaan ayahnya. Jelas terbongkar Shila cuma mahu mengambil kesempatan terhadap Azril, tetapi Azril sudah buta mata dan hati dengan semua pujuk rayu Shila.

Lokasi : condominium mewah
Agak lama juga Syamira menyudahkan doanya semasa solat Isyak tadi. Mira memasak hidangan makan malam buat dia dengan  suaminya Azril, Mira selalu berbuat demikian walaupun saban hari Azril tidak pernah pulang awal ke rumah. Mira berharap agar suami kesayangannya itu mahu berubah. Sudah banyak kali juga Papa dan Mama bertanyakan mengenai perangai Azril, namun Mira terpaksa menyembuyikan sikap buruk Azril kerana bimbang Azril akan memarahi dirinya.
     Selesai sahaja menjalankan tugasannya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, Syamira  membawa dirinya duduk di ruang tamu rumah itu sambil menonton televisyen. Selang beberapa jam kemudian, Syamira terdengar bunyi pintu diketuk dan sesekali kedengaran suara orang berbisik dan suara garau itu amat  dikenalinya. Sebaik sahaja membuka pintu itu...

"Astaghfirullahalazim". Sambil menutup mulut Mira berucap.
Mira benar-benar tidak percaya melihat seorang wanita memapah lengan Azril yang dalam  keadaan mabuk ketika itu. Sempat juga wanita itu melanggar bahuku sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Aku hanya memandang mereka dengan hujung ekor mataku. Hatiku bagaikan dihiris-hiris melihat akan kemesraan mereka. Kali ini tahap kesabaranku benar-benar tercabar. Sudah sekian lama dia menganggapku seperti tunggul  kayu dan kali ini aku harus bersuara dan menghalang mereka daripada mencemari kesucian mahligai kami. Memandangkan rumah ini adalah milik Mira dan Azril, bukan wanita yang berpakaian tidak senonoh itu.

"Awak, saya merayu tolong hormat saya sebagai seorang isteri, saya juga berhak menasihati kesilapan awak". Dengan nada suara yang agak lantang.

Sambil menoleh ke arah ku Azril berkata....

"What's??? eeeehh...kampung kalau tak kerana parents aku, jangan harap aku sudi nak menikahi kau! Kau hanya isteriku di atas kertas bukan dalam alam realiti ni, so you jangan nak bercakap mengenai hak you! Faham!!! Kalau kau tak suka, kau boleh berambus dari rumah aku ni!!" Dengan nada suara menempik.

Mengalir lagi air mataku dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Tapi ku gagahkan diriku juga untuk bersuara, walaupun dengan suara yang teresak-esak. 

"Kenapa awak seksa saya macam nie? wak... saya salah apa? semua ni pun bukan atas kemahuan saya? saya juga turut terperangkap atas perjanjian orang tua kita, perjalanan hidup saya juga masih jauh, saya juga mahu mempunyai masa depan macam rakan sebaya saya yang lain".Agak lemah dia menghabiskan ayatnya.

Dari jauh aku dapat melihat wanita tadi mengukir senyuman yang tersirat seribu makna, dengan raut wajahnya yang mengejek dia menjelingku. Azril cuba menghampiriku dengan keadaannya yang terhoyong-hayang. Aku hanya memerhatinya dalam keadaan tersendu-sedan. Tanpa ku duga...Pangggggg....melayang satu tamparan hebat milik Azri hinggap ke pipi gebu milik Mira. Terjatuh Mira ke lantai dengan dorongan yang agak kuat itu. Terasa berpinar-pinar pipinya. Perit hatinya akan kelakuan Azril yang  langsung tidak berperikemanusiaan itu, sedih yang amat sangat mula menerjah diri Syamira. Namun, perlahan-lahan Mira cuba bangun dan memandang kembali suaminya itu. Dengan bergenang air mata, Mira cuba menguatkan semangatnya untuk berkata sesuatu kepada Azril.

"Terima kasih atas apa yang awak lakukan terhadap saya selama ni, saya juga ingin memohon maaf dari hujung rambut awak sehingga hujung kuku kaki awak sebab dah menyusahkan hidup awak, kerna terpaksa menerima saya sebagai isteri awak, halalkan juga segala makan dan minum saya selama ni". Agak serak nada suara itu akibat terlalu banyak menangis.

Sempat jua dia mencapai tuala yang tersangkut di atas kerusi itu bagi  menutupi rambutnya yang panjang. Dia terus melangkah keluar rumah malam itu dengan sehelai sepinggang. Azril terdiam dengan tindakan Mira meninggalkannya terpingga-pingga di ruang tamu itu. Azril memegang kepalanya yang mula berpusing, pening akibat terlalu banyak minum di kelab malam tadi bersama Shila. Mungkinkah rasa bersalah mula menyelubungi dirinya? Shila pula, mula merapati dirinya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.. Pandangan mata Azril mula kabur dan.........Gelap.....
*******************************************
Beberapa Minggu Kemudian.

      Azril merenung jauh bulan yang mengembang penuh itu di luar beranda. Sesekali kelihatan dia meraup wajahnya berulang kali. Mungkinkan perasaan bersalah mula bersarang dalam sanubarinya? Fikirannya kembali ke peristiwa beberapa minggu yang lalu. Masih segar dalam ingatannya apabila melihat Syamira pantas meraba-raba pipinya akibat penangannya malam itu, dia juga rasa sangat berdosa kerana bersikap sekejam itu terhadapnya. Bekas tapak tangannya juga jelas terpamer di pipinya. Selepas kejadian malam itu, dia tidak pernah lagi bersua muka dengan Mira. Mungkinkah dia sudah mula jatuh hati dengan gadis itu, perasaan rindunya benar-benar tidak mampu dibendungnya lagi, malah dia sendiri tidak tahu akan keberadaan Syamira. Perasaan risau mula menghimpit jiwanya.
     Tiba-tiba kedengaran alunan muzik ring tone yang menyayikan lagu Armada_Buka Hatimu~~ telefon bimbitnya berdering..Dengan langkah longlai Syazril menuju ke sisi meja lalu mencapai telefon bimbit miliknya, dengan pantas dia menekan punat 'yes' tanda menerima panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil yang muncul di kaca skrin.
Di hujung talian kedengaran suara Datin menyapa anak kesayangannya itu. 

"Assalammualaikum, anak mama apa khabar? sihat? Mira sihat?".

"Waalaikumsalam ma". Ringkas sahaja dia menjawab.

"Sihat tak anak mama ni?. Dengar dari suara macam ada masalah je. Are you okay? Ril pun dah lama tak bawa Mira balik rumah ni. Mama rindu tauu". Kedengaran suara risau milik Datin Fatimah di corong telefon.

Azril terdiam. Fikirannya tambah berserabut. Tetapi cuba menjawab juga.

" Tak ada Ma, Ril okay, Ril busy sangat sejak kebelakangan ni. Nanti Ril bawa Mira balik yea, okaylah ma nanti Ril call back". Pantas Azril menamatkan panggilan telefon itu, kerana bimbang jika ibunya mendapat tahu rahsia yang cuba disembunyikannya. 


      Azril memberi ibunya harapan sedangkan dia sendiri tidak tahu mahu mencari Mira di mana. Mustahil Mira dapat memaafkan kesilapan dirinya. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap Mira. Seharusnya dia sebagai seorang suami menjaga dan membimbingnya ke arah yang lebih baik bukan sebaliknya...Dia berjanji dengan dirinya akan mencari Syamira untuk membina kehidupan yang baru bersamanya dan akan melupakan Shila dalam kamus hidupnya. Masih jelas berlegar di ruang matanya akan kecurangan dan kemesraan Shila bersama seorang lelaki yang juga bertaraf seorang datuk di sebuah cafe beberapa hari selepas Mira pergi meninggalkan dirinya. Sekarang baru dia sedar mengapa Mama dan Papanya tidak merestui akan hubungan mereka sebelum ini. Dia benar-benar menyesal kerana bersikap ego, kasar dan angkuh kepada Syamira iaitu seorang wanita yang sempurna, teman dan juga seorang pendamping  hidup yang sangat istimewa......

<<<<<Bersambung>>>>>
Nantikan Koleksi Cerpen Lyn yang seterusnya di dalam Edisi "Setabah Dia II"
Agak Sukar untuk Lyn menjayakan Cerpen ini memandangkan jalan cerita cerpen ini adalah kisah gelora hidup berumahtangga. Lyn kena cuba menghayati penceritaan ini dengan lebih matang memandangkan Lyn juga belum pernah mengalaminya sendiri...Apa-apa pun terima kasih atas sokongan semua. Semoga Terhibur Dan Menjadikannya sebagai Tauladan...Sekian dan terima kasih..

Yang berkarya:

Labels:



2 Comments:

Blogger Fyza.blogspot said...

mantap...love it....

31 March 2012 at 21:32  
Blogger LynDa Sweet PinKy said...

Thanks Fyza...

17 April 2012 at 13:51  

Post a Comment


Thanks for reading