♡Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♡
❀❀❀ BeLog MeRaH JamBu ❀❀❀

Search Here !
Nak Cari Apa ?


Banner !
My Banner


create your own banner at mybannermaker.com!
Belog Merah Jambu
Owner !
HeLLo ! Good days to you


♥ Welcome to my belog ♥ "Merah Jambu" ☻ Happy acquainted with you all. Thank you for your willingness to visit. Enjoy!!!

Status : I'am Online Now


Tagboard !
Footprints here


Follower !
Jantung Hati Saya


Link !

Find Me Here


L
My Blog:
Y
My Skype:
N
My Twitter :
D
My Facebook:
A





google.com ( gambar hiasan)

(Kali ini saya lebih menekankan kepada penceritaan, 
berbeza berbanding cerpen-cerpen saya sebelum ini.)

"Aku Berkarya, Anda Just Komen"

Maaf seandainya masih kurang pengisian, jalan cerita dan ending cerita yang kurang menarik.
Apa-apa pun Thanks for reading.

Aku, Dia Dan Kamu



************************


Beberapa Tahun Sebelum

  Ku jeling sejenak skrin handphone buat entah ke berapa kalinya..Benar kata orang "Penantian Itu Adalah Suatu Penyeksaan".Hatiku gundah, benar-benar meronta. Aku berharap agar hatinya terdetik untuk menghubungi aku lagi. Sesekali, pantas jari jemari runcing itu menekan punat telefon bimbit itu berulang kali. Namun, tidak sesekali kedengaran bunyi yang keluar dari telefon bimbit itu.Hatinya benar-benar terguris.Terasa Cinta itu sangat kejam dan menyakitkan. 
Arrghh....Lydia seakan-akan mahu menjerit sekuat hati, cuba untuk melepaskan tekanan yang dihadapinya sejak beberapa bulan yang lalu. Malam sudah semakin larut, namun Lydia masih tidak mampu untuk melelapkan mata. Fikirannya mula menerawang jauh, setitis demi setitis airmata itu mengalir membasahi pipi mulus miliknya.
   Masih segar lagi dalam ingatannya saat kali pertama mereka berhubung. Kejadian setahun yang lalu. Pada ketika itu, Lydia masih mentah, juga masih berstatus seorang pelajar. Pada saat Lydia masih belum mengenal erti cinta, hadir seorang jejaka dalam hidupnya. Berkenalan dengan jejaka itu ibarat seperti membuka lembaran baru dalam hidupnya. Hatinya benar-benar gembira dapat mengenali diri Fahmi. Fahmi adalah seorang lelaki yang terlalu mengambil berat, baik hati, dan sangat memahami. Perwatakan Fahmi membuatkan Lydia menaruh hati buat jejaka itu. Namun, pada masa itu perhubungan mereka hanya sebatas kawan. Fahmi peneman paling setia yang sering ada buat dirinya. Segala kisah suka dan duga dikongsi bersama. Telefon bimbit adalah penghubung mereka yang paling utama. Walaupun jarang bersua muka, namun hubungan mereka tidak pernah dingin malah semakin hari semakin mesra. Fahmi mula berminat untuk mengenalinya semasa Fahmi datang ke rumah Lydia untuk majlis kenduri yang dilangsungkan oleh keluarga Lydia. Fahmi juga merupakan rakan sebaya abang longnya yang hanya selang 3 tahun lebih tua daripadanya, hubungan persahabatan mereka tidaklah terlalu dekat. Lydia benar-benar tidak menyangka Fahmi berusaha untuk mendapatkan nombor telefon miliknya semata-mata mahu berkenalan dengannya. Setelah beberapa bulan berhubung sebagai kawan, akhirnya Lydia dan Fahmi menjalin hubungan seperti pasangan kekasih. Malah, mereka juga telah menetapkan satu tarikh untuk Relationship mereka. 
    Malangnya suatu hari Fahmi menyuarakan hasrat hatinya dengan menyatakan dirinya masih belum bersedia untuk bercinta dan hanya menganggap Lydia tidak lebih dari seorang kawan. Lydia benar-benar tidak menyangka Fahmi sanggup melukakan hatinya. Sedangkan dia tidak pernah sekali pun melakukan kesalahan sehingga Fahmi begitu mudah menghukumnya seperti itu. Terasa dirinya seolah- olah diperkotak-katikkan. Disaat dirinya mula menyayangi lelaki itu, disaat hatinya mula  menyanyi bahagia. Sejak hari itu Lydia tidak pernah menghubunginya lagi sehinggalah ke hari ini. Begitu juga Fahmi. Namun jauh disudut hatinya, dia amat merindui jejaka itu...Bukan Lydia mahu menyimpan dendam tetapi hatinya  sangat sakit dan tidak sanggup untuk terus berhubung dengannya setelah tahu Fahmi bukan menganggapnya sebagai seorang kekasih. Lydia cuba belajar untuk memahami kehendak dan permintaan Fahmi. 

"S.M.S...."

Bunyi nyaring telefon bimbit itu memecahkan keheningan malam yang sunyi menyebabkan lamunannya terhenti serta-merta.
"Uh! terkejut betul aku bunyi sms ni". sambil membebel, Lydia membuka pesanan ringkas yang baru masuk itu dengan pantas. Berkerut-kerut dahinya sebaik sahaja melihat nama yang tertera di kaca skrin telefon bimbitnya itu. Hatinya bagaikan dihiris-hiris, namun dalam masa yang sama hatinya sangat gembira kerana Fahmi masih sudi menghantar pesanan ringkas buat dirinya. Dengan sepantas kilat Lydia menekan punat "yes" untuk membuka pesanan itu....
From: Fahmi
Aslmkum, blm tdr ke?sory mgngu
Emm...Knp awk dah lama
 tak hbngi sya lagi? Plz reply sms ni k.
Klu tak hati sya tak akn tenang utk
study final exam sem ni..

  Selepas sahaja selesai membaca pesanan ringkas yang dihantar Fahmi itu. Lydia pun Menekan botton replay untuk membalas pesanan itu. Tup-tap..tup-tap.. bunyi keypad handphone itu ditekan kasar oleh Lydia..Dihantar..Report menandakan penghantarannya telah berjaya dihantar terus kepada Fahmi yang mungkin tengah gundah-gulana menanti mesej daripadanya. Lydia membuka "outbox" yang dihantarnya buat Fahmi....

To : Fahmi
Waalaikumsalam, En. Fahmi. Blm lagi.
Sja tak nak hbgi awk, sb mls dah nak gngu awk. 
Lagipun sapalah diri ini kn bgi awk?
Tak penting apa pun.
Sya tau mgkin ada perempuan kat kolej
awk tu yg awk nak ngorat tp malangnya
dia tolak awk, sb tu awk dtg cri sya blik.
Awk sedar tak ?Awk berubah slps smgu
 awk smbung stdy kat kolej tu.




Masuk lagi satu mesej daripada Fahmi yang tertulis........



From : Fahmi
Sampai hati awk cakap sya mcm tu. 
Awk penting sangat bagi sya. Malah sya
memang sukakan awk tpi awk tau sndirikan 
yg sya juga blm pnh bercinta sblm ini? So sya 
bnr-bnr msih blum brsdia k'arah itu
Sya b'harap awk akan trus hbgi sya
shgga sya brsdia utk ambil awk sbgai gf sya nti.
Tolonglah faham Lydia.

                  Sambil tersenyum, Lydia segera membalas mesej itu...





From : Lydia

Okelah, sya pun tak nak dah
mengungkit kisah lalu ni. Klu awk rsa nak
hbgi sya, hbgilah sya bla2x awk perlu.
Dahlah sya dah nak tdr ni.k
Assalammualaikum.







**************************************


Setahun kemudian

    Sejak kejadian mereka berbalas2x sms itu hubungan mereka berdua kembali mesra. Malah, hampir setiap malam Fahmi akan mghubungi Lydia untuk melepaskan rindu. Perasaan cinta Lydia kepada Fahmi kembali berputik apabila Fahmi mengakui bahawa dia sudah lama menyayangi dan sudah bersedia untuk menjadikan Lydia sebagai kekasih hatinya. 
Pejam-celik2x, tak terasa cepatnya masa berlalu, tup-tup dah Tiga tahun hubungan mereka terjalin, termasuk tahun pertama hubungan mereka pernah terputus gara-gara Fahmi ternyata masih belum bersedia untuk couple pada masa itu. Lydia sangat bahagia bersama Fahmi, walaupun mereka jarang berjumpa. Lydia adalah seorang teman wanita yang sangat memahami teman lelakinya, memandangkan Fahmi juga masih punya tanggungjawab sebagai seorang student.

                                           
***********************************

Selang beberapa bulan

          
       Tengah sibuk membuka akaun facebook milik Fahmi secara tidak sengaja Lydia terbaca komen daripada seorang perempuan yang begitu mesra dengan Fahmi. Lydia mula tertanya-tanya akan kehadiran perempuan itu.
Dengan segera  Lydia menaip mesej untuk dihantar kepada Fahmi. Isi kandungan pesanan itu tertulis.......
To : Abang

Call me now !

Tidak sampai 5 minit kemudian.....
"Krinnggggggggggggggg..............."
Bunyi telefon bimbit itu tertera nama "Abang". Lantas diterima Lydia dengan hati yang berdebar-debar cuba menahan emosi.
"Assalamualaikum sayang". Kedengaran suara Fahmi memberi salam di hujung talian.
"Waalaikumsalam". Ringkas sahaja yang keluar dari mulutnya.
"Kenapa suruh abg call?".Sambung Fahmi memulakan bicara.
"Siapa Rina tu? I nak u jujur kat diya". Soalan kembali yang diajukan Lydia.
"Hahaha...". Kedengaran gelak besar Fahmi, mengejutkan Lydia.
"Knp gelak pula?". Lydia mula keliru.
"Buat pngthuan syg abg ni, Rina tu hanya adik angkat abg ja lah, tak lebih dari tu so jangan fikir yang bukan-bukan pula yea." Sambil menghabiskan gelak tawanya yang masih tersisa.
"Betul ni?". Tegas Lydia lagi.
"Betul sangat. Janganlah salah faham pula." Fahmi meyakinkan Lydia..
akhirnya Lydia pun mengalah dan mempercayai kata-kata Fahmi.


***************************************


Waktu Sekarang

     Sejak Lydia tahu Fahmi ada mempunyai adik angkat, layanannya terhadap Lydia mula berubah. Fahmi juga sudah tidak menelefonnya, tidak ym, malah sms juga sudah semakin jarang. Perasaan prasangka Lydia mula menguasai minda. Berteka-teki sudah menjadi rutin harian.. Hidupnya mula sunyi dan bosan. Bila ditanya nanti,  pasti dirinya yang akan dipersalahkan, terlalu kuat cemburulah, suka fikir bukan-bukanlah, malah yang paling menyakitkan apabila dia lebih menyebelahi adik angkatnya itu berbanding dirinya dan menyalahkan dia tidak mempercayai dirinya lagi. Padahal sudah terang lagi bersuluh sikapnya mula berubah. 
"Kenapa abg buat Diya macam ni? Jarang dah ada masa buat Diya. Diya bosan sangat sebab tak ada dah teman untuk Diya bercerita, berhubung, berkongsi ". Lydia bermonolog sendirian.
"Ha..agaknya dia sibuk sangat buat asgmnt kot, sbb tu tak ada masa nak hubungi Diya". Lydia cuba memujuk hatinya.
            Lydia online facebook lagi, tapi kali ni fb miliknya. Namun, tiada satu comment pun yang dikirim Fahmi untuknya. Lydia mencari nama fb buah hatinya itu. Sap3x akhirnya ...jumpa...Wall Fahmi ditatap lama. Terbakar sungguh rasa hatinya mendapati ternyata Fahmi ada mengomen dan memberikan beberapa Link buat adik angkatnya itu. Sedangkan fb miliknya langsung tidak diendahkan..terasa benar Lydia.
"Oww..ingat sibuk sangat, ni banyak pula masa dia untuk online fb dia ni.".Runggutan yang diselangi dengan dengusan kasar dilepaskan. Hatinya bertambah sakit lagi apabila mendapat tahu bahawa perempuan itu juga menuntut di Kolej yang sama, malah Fahmi pernah mengaku sendiri yang mereka juga sering berbalas pesanan ringkas (Sms). Mengalir lagi airmata untuk kesekian kalinya...Lydia benar-benar tidak dapat menerima kehadiran dia dalam hubungan mereka yang bahagia sebelum ini. Fikirannya ligat berputar. "Mungkin benarlah kata orang tua-tua, selalunya adik/ kakak/ abang angkat adalah calon kekasih yang tidak kesampaian pada awalnya dan untuk merapatkan kembali hubungan yang baik sebelum itu, akhirnya memilih untuk menjalankan aktiviti angkat-mengangkat itu". Bicaranya sendirian. 
Dengan segera Lydia menutup akaun facebooknya itu.
Pappp!!! komputer riba miliknya itu ditutup kasar. 
"Tengok...gara-gara perempuan itu komputer aku jadi mangsa". Ngomel Lydia sambil menghentakkan badannya ke atas katil.
Terbayang-bayang wajah perempuan yang bernama Rina itu diruang matanya. 
"Mungkin kerana perempuan itulah dia tergamak melukakan aku masa tu?". Lydia cuba mengingati punca mengapa Fahmi begitu tegar menyakitkan hatinya sehingga Fahmi sanggup mengatakan dia hanya menganggapnya sebagai seorang kawan suatu ketika dahulu. Dan pengakuannya itu amat pahit untuk ditelan. Lydia sudah cuba utk melupakannya dan membuang kenangan itu jauh dari kamus hidupnya.
"Mungkinkah ini jawapan yang aku cari?" Bermonolog lagi Lydia.
"Antara Aku, Dia dan Kamu....Siapakah yang benar? siapakah yang bersalah? siapakah yang layak dipersalahkan? Tidak layakkah aku untuk merasa kebahagiaan itu?" Lydia terus mengajukan beberapa persoalan untuk dirinya, namun dia sendiri juga tidak menemui jawapannya...kini hidupnya ibarat diliputi kabus yang tebal. Semua yang ada di hadapan matanya adalah sesuatu yang tidak jelas dan perlu diungkai segera sebelum semuanya terlambat. Bak kat pepatah "Nasi sudah menjadi bubur".....


Sekian
                                                      

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


Thanks for reading