Salam petang kepada semua insan yang sudi melangkahkan kaki berkunjung ke blog milikku ini. Setelah sekian lamanya aku menyepikan diri, hari ini aku kembali lagi.. Aku ingin meluahkan isi hatiku yang ku rasakan semakin kerap kalinya ia meronta...menjerit...merintih hiba....
Hari ini baru ku sedar betapa hidup ini bukan semudah yang disangka, yang tidak pernah sama sekali ku terbayang seawal di bangku sekolah rendah lagi. Dulu, semasa melalui alam persekolahan aku sering memberontak...ku anggap alam persekolahan itu membosankan, sukar untuk dilalui...Tetapi apabila usiaku mula merangkak ke angka 2 dan berhadapan di alam pekerjaan, di dunia luar ini. Ternyata terlalu asing diri ini, baru aku mengerti apa yang tersirat disebaliknya. Seharusnya aku lebih matang mengharunginya dan berserah kepadaNya yang sering ada buat hamba-hambaNya yang teraniaya ini. Terlalu kerdil diri ini ku rasakan....
Kini, aku perlu bijak untuk berhadapan dengan pelbagai masalah yang di luar kemampuanku.. Cabaran alam pekerjaan ini bukan setakat "Tension" dengan semua urusan kerja sahaja tetapi kita perlu juga berhadapan dengan ramai rakan kerja yang lain...Malah, kadang-kadang orang yang kita anggap sangat baik, yang kita hormat dan sayangi seperti keluarga sendiri itu ternyata ibarat "musuh dalam selimut" .Manusia masa kini sering lupa diri, memandang rendah orang lain, sering merasakan dirinya yang lebih hebat, ego semakin bermaharajalela dalam diri. Huh! jujur ku akui amat perit untuk ku menghadapi semua ini. Dalam usiaku
20-an, aku sudah tergolong di antara mereka-mereka yang berkerjaya mungkin? tetapi sebenarnya itu bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan! Seharusnya di alam pekerjaan, kita perlu ada sikap bertolakansur dan saling memahami. Bagi yang senior pula perlulah saling membantu pekerja yang baru, memberi tunjuk ajar, menasihati, melatih...Bukannya mengutuk,mencaci,memandang rendah dan menganggap setiap orang yang melakukan satu kesilapan itu adalah sesuatu yang paling teruk dalam dunia...Tiada satu pun manusia di atas muka bumi ini yang tidak pernah melakukan kesilapan. Itulah namanya MANUSIA...... Kenapa mereka perlu membeza-bezakan diri seseorang itu? adilkah mereka menghukum seseorang itu tanpa menilai kelebihan lain yang ada dalam diri seseorang itu??? Sungguh KEJAM mereka....! Aku yakinsesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan adil...Pasti ada hikmah disebalik semua ini......Wasalammmmm........

0 Comments:
Post a Comment