Salam jumaat semua...Hari ni dah masuk bulan februari tahun 2012 merangkap (Tahun Naga). Lama dah tak update belog ni disebabkan hal-hal yang berlaku di sebalik tabir.. Apa yang ingin dipertengahkan di sini adalah bersangkutan dugaan yang keluarga kami sedang hadapi di awal tahun ini..
Bermacam-macam yang tidak disangka dan diminta datang silih berganti. Semuanya berkaitan mengenai kesihatan fizikal yang kini sedang dihadapi oleh datuk, abang sepupu, and nenek(Mertua kaka sepupu). Penyakit yang tidak dapat aq terangkan, jelaskan dan huraikan. Dugaan ini terlalu hebat untuk kami hadapi..Berbaur perasaan ini. Terkocak jua perasaan ku sebagai seorang hambaNya. Tidak banyak yang ingin dikongsikan sebenarnya, cukuplah hanya sekadar meluahkan perasaan yang terkunci rapi di dalam sanubari ini..
Perasaan pilu ini sudah menyerap ke dalam diri ini sejak tahun lepas lagi. Kami juga sudah maklum akan penyakit yang abg sepupu ku hadapi, "abang Jack" seorang abang sepupu ku yang amat aq hormati, orangnya sangat baik hati dan pemurah. Masihku ingat waktu kecilku abang Jack masa itu sedang menuntut di Sarawak, bila abang Jack balik Sabah saja tidak pernah kosong tangan dengan bermacam "Ole2x"..Waktu tu aq masih kecil, tapi aq masih ingat semua itu. Harapanku agar dia baik-baik sahaja dan tidak ingin untuk menghuraikannya lagi kerana hatiku mula sebak. Malah sebak yang teramat sangat ditambah pula dengan Datuk ku yang kesihatannya juga sudah tidak seperti dulu lagi.
Di saat kaum China gembira menyambut perayaan Tahun Baru Cina, keluarga kami pula terpaksa berulang-alik, turun naik Hospital (QE) semata-mata menjaga Datuk yang pada ketika itu baru dimasukkan ke dalam ward. Teruji sungguh, tapi aq yakin sangat pasti ada hikmah disebalik semua dugaan ini.Di sebalik kepahitan pasti ada juga kemanisannya. Tiada satu makluk pun di atas muka bumi ini yang tidak pernah diuji, semuanya pasti akan diuji dengan berlainan cara atau jenis dugaan..semuanya bergantung mengikut kemampuan hamba-hambuaNya .
Harapanku semoga mereka cepat sembuh, dan diberikan peluang lagi kepada kami untuk merawat serta mengubati mereka. Doa, Usaha amat penting sebenarnya.... Kepada sesiapa yang terbaca akan entri saya hari ini adalah amat Lyn berharap agar terdetik di hati teman-teman, walaupun hanya sebesar zarah doa kalian untuk mereka agar mereka masih diberikan peluang untuk memperjuangkan lagi kehidupan ini bagi jangka tempoh beberapa tahun lagi dan Harapanku agar mereka kembali sembuh.. Sesungguhnya "Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul"...Terima Kasih atas kesudian teman-teman semua.Wasalam...
0 Comments:
Post a Comment