Pagi-pagi lagi dah dengar macam-macam khabar yang kurang enak untuk didengar. Hati dah mula rasa sebak..Sesampai saja kat pejabat terpaksa berulang kali angkat panggilan telefon.Kena jawab macam-macam jenis panggilan. Cuba jadi seorang pekerja yang komitmen dengan tugas lah katakan. Bekerja di syarikat ini selain ingin menjadi seorang pekerja yang bertanggungjawab, di samping itu dapat jugak menambah pengalaman kerja. Sesungguhnya aku bersyukur sekurang-kurangnya doaku sudah mula didengar. Pada zaman sekarang ini memang sukar untuk mendapatkan kerja yang bagus dengan secepat mungkin. Memang ramai rakyat Malaysia yang jadi masyarakat tanpa mempunyai kerja yang tetap. Sungguh kasihan sebenarnya dengan nasib mereka yang sudah berkahwin tapi masih belum mempunyai kerja untuk menampung anak isteri...Ohh...bukan isu ini sebenarnya yang ingin dikongsikan.
Mari kita mulakan story aku yang sedikit mendalam...=>
Sejak kebelangkan ni hati mudah betul tersentuh, mungkin disebabkan perkara-perkara yang tidak berapa nak elok sering melanda. Sesibuk mana pun aku, sekomitmen apa pun aku dalam bekerja namun satu hal yang tidak dapat dihapuskan, (haha) sudah pasti larh FB and BLOG yang tak kan pernah lekang bila ada masa free sikit..mulalah nak (tup tap...tup tap...)
Tadi masa buka fb tertiba aku terbuka wall seseorang..Aku check mengenai latar belakang orang tu...Wahhhhh!!!bestnya dia~beruntungnya nasib si empunya badan..Bukannya jeles tak suka tapi jeles suka sangat tengok..huhu...tapi bila perkara itu akan terjadi pada aku, sesungguhnya aku sendiri pun tak yakin, tak pasti sangat...Tapi insyaAllah dengan izinNya pasti akan ada juga..Sebab benda tu adalah sesuatu yang PASTI. Tu memang sudah ketentuannya. Macam yang orang selalu kata ajal maut, jodoh pertemuan, takdir dan semuanya pun di tangan Tuhan (Allah)..Kalau ada nanti, adalah tu..ermmmghh...bingung sendiri aku. Manusia memang punya banyak ragam, kekadang orang yang kita rapat, ibarat tidur sebantal pun susah nak baca fikirannya, hati budinya...betul tak??
Cerita yang Lyn kongsikan hari ni, sebenarnya bukan hanya satu topik yang ingin dicatatkan tetapi banyak, semua pun bersangkutan dengan masalah yang berbeza-beza. Semua ni kena difikir dari A-Z...mananya tak sakit betul kepala ni...HambaMu ni benar-benar KELIRU YA ALLAH. Bantulah hambuMu ini..Hanya termakbulnya Doa hambaMu ini kepadaMu yang mampu membantu meleraikan kemelut hati ni sedikit demi sedikit...InsyaAllah berkat doa ini mungkin kemanisan itu akan muncul tanpa diduga...Ingatlah wahai teman-teman sekalian...Semua MASALAH yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya.... Aminnn...
0 Comments:
Post a Comment