Salam petang buat teman-teman yang sudi singgah berkunjung untuk entri kali ini...
Menyentuh tajuk di atas, hari ini Lyn nak ajak pembaca semua untuk membincangkan suatu topik yang agak menarik bagi pandangan i sendiri....Iaitu mengenai isu percintaan jarak jauh...
Seperti lirik lagu Aishiteru y dinyanyikan lunak Oleh Kumpulan Band Zivilia dari Negara jiran kita iaitu Indonesia..Malah lagu ini jugak adalah antara Lagu yang sangat Lyn gemari dan sering mendengarnya hampir setiap hari...(Hehe)..Jika diamati melalui lirik lagu itu jelas mempamerkan kesetiaan pasangan kekasih yang terpisah jauh antara dua benua(cewah..over feeling pla aq)...
So Lyn nak kupas sendiri akan kebenaran cinta yang boleh berkekalan walaupun terpisah JAUH untuk jangka masa yang agak lama....
Sebenarnya bagi pengalaman i sendiri, malah melalui pendapat Lyn semuanya bergantung kepada HATI individu itu..Selain itu, KEPERCAYAAN juga memainkan peranan yang amat PENTING. Memang ramai sudah mengecapi kebahagian hasil percintaan jarak jauh yang wujud antara pasangan kekasih yang hidup berjauhan. Memang, mungkin agak susah dan sangat menguji hubungan anda malah purata kebarangkalian pasangan akan berlaku curang jugak amat tinggi.
Apa yang mendorong Lyn untuk menulis topik kali ini adalah kerana terlalu ramai insan2x di sekeliling Lyn yang mengalaminya tidak terkecuali diri ini..
Kenapa i berpendapat HATI amat penting dalam hubungan percintaan kerana jika hati benar-benar ikhlas dan jujur tidak mungkin akan berlakunya ketidakadilan dalam hubungan...Tidak akan wujud perkataan "Main Kayu Tiga, Curang, @ selingkuh". Tidak kiralah Cinta jarak jauh ke, Cinta Sebelah rumah ke, Cinta depan mata ke....semua tidak terkecuali...Ini yang ingin Lyn kupas sebenarnya... Ramai beranggapan jika mempunyai pasangan kekasih yang merantau jauh anda perlulah lebih berhati-hati..Sebenarnya tidak perlu bersangka buruk kerana prasangka buruk adalah suatu doa... Dulu Lyn jugak hampir tewas dengan perasaan sendiri tetapi bila direnung kembali rasanya tidak perlu bersikap seperti itu kerana sikap yang dipamerkan akan menjadikan hubungan anda bersama kekasih anda akan menjadi dingin dan hambar.
Bukankah itu masalah yang anda cipta sendiri???
KEPERCAYAAN pula,...JOM=> Dari pencarian i memang KEPERCAYAAAN penting. Walaupun ramai yang berkata "Jangan terlalu percaya 100%, nanti anda sendiri yang merana". Tetapi anda lupa KEPERCAYAAN bukan berlaku kepada satu pihak tetapi kepada kedua-dua belah pihak. InsyaAllah jika anda benar-benar meletakkan kepercayaan anda kepada sang kekasih, anda jua akn mendapatnya kembali.Meragui pasangan anda bukanlah jalan terbaik. Contoh disini yang ingin i utarakan adalah= Misalnya anda meragui pasangan anda, berfikiran negatif, menuduh yang bukan2x, sering bertanya yang tidak dilakukan nya apakah perasaannya??? Andai kata dia benar2 ikhlas pada anda.Memang dia kan berasa sedih, kecewa, tertekan dan mengganggu emosinya....Dan jika sebaliknya, anda tidak akan rugi...Anda tidak perlu takut kerana bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..Sepandai mana pun ianya...kebenaran pasti akn terungkap, akan nampak jua kebusukan hati seseorang itu..Tidak rugi apa2x pun anda, kerana insan yang baik pasti buat yang baik jugak...
Lyn hanya ingin berkongsi..Bukan ingin membangkitkan kisah hidup Lyn...Just menulis, berpendapat dan bercerita semata-mata...
Terpulang jugak kepada JODOH yang telah ditakdirkan. Dok sibuk fokus pasangan jarak jauh anda top2x kawin dengan jiran sebelah rumah...Masa tu tak dapat dah den nak nolong yea..Hang fikiq balik...hehe..
Sebenarnya Lyn hanya ingin nak sentuh mengenai kebaikkan daripada menilai keburukan....Itu yang dok merapu dari tadi...Lyn hanya nak jernihkan suasana aik tak nak keruhkan lagi suasana. So buat kawan-kawan semua "Enjoy You'r Life".
0 Comments:
Post a Comment