♡Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♡
❀❀❀ BeLog MeRaH JamBu ❀❀❀

Search Here !
Nak Cari Apa ?


Banner !
My Banner


create your own banner at mybannermaker.com!
Belog Merah Jambu
Owner !
HeLLo ! Good days to you


♥ Welcome to my belog ♥ "Merah Jambu" ☻ Happy acquainted with you all. Thank you for your willingness to visit. Enjoy!!!

Status : I'am Online Now


Tagboard !
Footprints here


Follower !
Jantung Hati Saya


Link !

Find Me Here


L
My Blog:
Y
My Skype:
N
My Twitter :
D
My Facebook:
A




sumber: google.com

sumber :google.com

Aku Vs Diet... ! ! !



     Bukan mudah melalui kehidupan yang penuh dengan dugaan di sekeliling ini untuk menjayakan aktiviti Diet dengan sempurna. Lebih-lebih lagi aku banyak menghabiskan masa emas aku di pejabat. Kawasan Bandar yang penuh dengan pancaroba ini. Aku memang tak ada langsung masa untuk bersenam, beriadah and semua aktiviti yang sama waktu dengannya. Sebenarnya aku mengakui memang aku amat tertekan dengan berat badan aku yang sudah semakin meningkat kebelakangan ini. Mana lagi mendengar ejekkan2x maut orang di sekeliling aku ini membuatkan aku bertambah buntu..Malah, Berat badan aku tidak jua menunjukkan perubahan yang positif.  Telah beberapa minggu aku cuba untuk mendisplinkan diri namun keadaannya tetap sama. Sering aku melontarkan kata-kata ini semasa aku dengan penuh debar menaiki penimbang berat milikku itu. Bergerak-gerak arah jarum itu membuatkan aku tambah risau...akhirnya terpancul jua ayat ini=> "Hah..mustahil dalam keadaan perut kosong pun berat badan tetap sama? Ohh...Penimbang berat ni yang Rosak". Cuba untuk menyedapkan hati ke cik Pinky oii... 



Kisahnya Berkisar seperti dibawah :

      Memandangkan orang-orang kat pejabat aku semuanya terlalu baik hati,  aku terpaksa melanggar displin DIET aku berkali-kali. Sambil berkata=>"Ha..tak pelah makan cikit ja pun tak banyak, rasanya ok kot".Cuba menenangkan hatilah ni.. 
         Keesokkan harinya dengan semangat yang berkobar-kobar aku datang ke pejabat dengan berbekalkan stok breakfast kat rumah tdi dalam pengambilan kuantiti yang sangat kecik, aku duduk di tepi meja aku dengan wajah yang berseri-seri. Tengah sibuk mata duduk menghadap Skrin komputer, aku telah didatangi rakan office aku yang periang itu, lalu berkata "Nah kak ni khas buat akak" sambil menghulurkan sepiring kecil snek yang semakin menghampiriku.. Aku apa lagi terloponglah...mahu tak mahu untuk menjaga silaturrahim yang sudah terjalin antara kami,  dengan perasaan yang sangat bersalah  terus ku capai pemberian itu sambil berkata=> 
"ar~ar~thanks yer...". Hadoiii....aku melanggar peraturan lagi. Patutnya aku kena denda atau hukum diri aku berkawad tengah panas terik...Masa tu baru padan  muka aku..huhu..
       Hari seterusnya..Dari jauh aku sudah nampak rakan pejabat aku yang manis itu melambai-lambai aku dari arah luar..Aku membalas kembali sambil melambai2xkan kedua belah tangan aku.. Sesampai aja dia di hadapan meja aku, dengan selamba dia mengeluarkan makanan yang sememangnya merupakan makanan kegemaran aku iaitu cucur pisang yang masih hot di hadapan mata hitamku...selang beberapa minit aje dah ramai rakan pejabat aku datang untuk menjamah sama, akhirnya aku kalah lagi.....Hadoiii...jika dihitung  entah berapa banyak kuantiti minyak yang dah meloncat gembira menggelongsor masuk tekak aku...Aku hampa lagi...
         Beberapa hari kemudian...Hari ni Big Bos aku datang awal masuk pejabat dengan wajah skema dia tu sambil berlalu depan aku. Aku dah dapat agak kali ni mesti Diet aku bocor lagi...Beberapa jam kemudian, sampailah waktu lunch kami yang sememangnya sangat dinanti2x oleh setiap pekerja yang penat dok menghadap kerja yang berlambak. Big Bos kami tetiba mengumumkan nak belanja staff dia. Apa lagi dah cnfm lah,  benda free..Ngap~ajalah...Nah..kali ni selamat lagi masuk perut aku, semua pun dah beranak pinak kat dalam tu......
      Sikap Baik hati, pemurah serta dermawan orang-orang kat office aku itu menyebabkan aku masih terperangkap dalam zon yang sama....Kecewa entah untuk keberapa kalinya... Tapi yang aku pelik bila kat rumah pula begitu mudah ja aku jalankan aktiviti-aktiviti DIET tu dengan lebih teratur...sebenarnya aku sendiri pun tak faham kenapa aku dengan mudah mengalah kali ini...Berjaya ke aku untuk menurunkan kembali Berat Badan aku yang sudah semakin menjadi-jadi ini? Itu adalah persoalan aku yang paling Cupu Emas..bukan? (hahaha)
           Sebenarnya di sini Lyn nak join sekali kongsi Tips Diet..Lyn rasa ni adalah tips yang agak berbaloi dan sangat berguna untuk Lyn manfaatkan. Piramid makanan juga amat penting, semuanya seperti di bawah :

Antara tips yang diperoleh : 

Amalkan 5M Dalam Diet Anda
      Apakah 5M?
  • 5M merupakan singkatan bagi:
    • Mengurangkan gula
    • Mengurangkan garam
    • Mengurangkan minyak
    • Melebihkan buah-buahan
    • Melebihkan sayur-sayuran
Sumber: info dari :          
Kementerian  kesihatan Malaysia 
Tips seterusnya: 

1. Pastikan anda tahu kandungan makanan yang diambil
2. Elak menahan lapar semata-mata tidak mahu gemuk. 
3. Kurangkan kadar sajian makanan yang selama ini menjadi menu tetap. 
4. Makan banyak produk bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
5. Kurangkan penggunaan garam dan gula. 
6. Lakukan aktiviti senaman secara berkala. 
7. Nikmati gaya hidup sihat seperti beriadah, bersenam serta amalan gaya hidup sihat. 
8. Minumlah banyak air terutama air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


Sumber : info dari : 
http://anizyn.blogspot.com


Contoh Piramid Makanan :


google.com

  • Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .
  • Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
          Paras 1
          Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
         Paras 2
         Buah-buahan dan sayur-sayuran
         Paras 3
         Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu
        Paras 4
        Lemak, minyak, gula dan garam
  • Sajian yang perlu diambil dalam sehari adalah:


    Paras 1
    Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)
    Paras 2
    Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
    Paras 3
    Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
    Paras 4
    Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

    sumber: info dari :
    penerangan.gov.my/...makanan/8770-piramid

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


Thanks for reading